“Sampai kita jumpa lagi…” Kuman dalam darah makin mengganas, Maria Tunku Sabri mohon maaf daripada semua

A
A
A

BEKAS hos program Jalan-Jalan Cari Makan, Maria Tunku Sabri berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang sejak Rabu lalu.

Maria, 51, menerusi perkongsian video di laman Instagram rasmi memaklumkan perkembangan terbaru setelah tiada hantaran terbaru selama lima hari kerana ingin berehat.

“Saya perlukan rehat betul-betul kerana saya letih. Saya tak larat sangat. Saya perlu rehat yang banyak untuk memulihkan diri saya,” katanya yang masih batuk.

Maria disamping keluarga.

Bekas personaliti TV3 itu turut berkongsi bahawa tekanan darah tinggi dan paras oksigennya adalah pada paras baik. Bagaimanapun, keputusan ujian darah tidak begitu baik berikutan jangkitan kuman.

“Kuman makin meningkat, menyerang paru-paru saya. Saya minta semua orang doakan saya supaya saya dapat kembali pulih dan pulang ke rumah.

“Saya ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap kepada anda semua, ahli keluarga, kawan-kawan.

“Kalau ada salah, maafkan saya.

“Kalau saya ada termakan dan terminum, halalkan.

“Saya maafkan semua orang dan saya halalkan semua makan minum semua sahabat handai, suami dan anak-anak. Sampai kita jumpa lagi,” katanya dalam sebak dan mengalirkan air mata.

Dalam pada itu, Maria turut berkongsi keadaan semasa di MAEPS yang tidak kosong seperti yang dikatakan pelbagai pihak. Katanya, yang berkurangan mungkin di bahagian pemerhatian dan rawatan.

Terdahulu, Maria dikejarkan ke MAEPS susulan gejala bacaan darah tinggi rendah, jantung berdegup laju dan demam. Ketika itu, Maria sedang menjalani rawatan kendiri di rumah yang masih berbaki tiga hari.

Menjengah dalam ruangan komen, ramai rakan artis turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pengacara itu dan mendoakan agar Maria sembuh seperti sediakala.

- “Kami doakan kakak cepat sembuh,” titip Datin Almy Nadia.

- “Semoga cepat sembuh kakak,” tulis Betty Rahmad.

- “Sis Maria stay strong, banyak plan kita belum buat ni,” kata Sharifah Shahora.

- “ Semoga semua dipermudahkan for you my sis. Love you!,” kata Karl Shafek.

Baca juga:  “Sekilas Pandang Serius Tak Nampak…” Renjer Hutan Kongsi Sebab Perlu Guna Trek Tersedia, Jika Tidak Bahaya Menanti

Baca juga: Bahana Gejala Long Covid, Boleh Berterusan Sehingga 1 Tahun

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: @mariajjcm

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca