Ahmad Dhani tuntut royalti lagu Dewa 19 dinyanyikan Once sejak 2010, dakwa bernilai ratusan ribu ringgit

DEWA 19 salah satu band dari Indonesia yang diminati ramai. Dalam meniti populariti, kumpulan yang diasaskan pada pada tahun 1986 di Surabaya, Indonesia ini turut menyaksikan pergantian ahli antaranya vokalis.

Penyanyi utama Dewa 19 pernah bertukar beberapa kali termasuk Erwin Prasetya, Ari Lasso dan Once Mekel.

Pemain keyboard, gitar irama, vokal latar dan utama Dewa 19, Ahmad Dhani baru-baru ini menyebut mengenai royalti di sebalik lagu Dewa 19 yang dinyanyikan Once sejak 2010 hingga 2022.

Baca juga: Konsert Dewa 19 luar biasa!

Menurut Ahmad Dhani, jika dijumlahkan royalti yang perlu dibayar adalah bernilai berbilion rupiah.

“Kami minta bukti kalau sudah dibayar royalti, sampai sekarang tak ada bukti. Nah (royalti) Once (untuk lagu Dewa 19) sudah cecah berbilion rupiah (kira-kira ratusan ribu ringgit).

“Hasil nyanyian guna lagu Dewa 19 adalah berbilion pastinya. Satu pertunjukan 100 juta rupiah, kalau dihitung sejak 2010, wow banyak sekali,” kata Ahmad Dhani dalam sidang media di kawasan Thamrin, Jakarta.

Baca juga: Lepas 30 tahun ‘bayi’ kulit album saman Nirvana, tuntut RM631,500 setiap anggota

Ahmad Dhani berkata Dewa 19 tidak mengadakan konsert sejak 2010. Bagaimanapun, Once yang menjadi vokal kumpulan itu dari tahun 1999 hingga 2011 masih mempersembahkan lagu-lagu terbitan Dewa selepas itu.

Iklan

“Sepanjang 2010, kami tidak pernah membuat persembahan kecuali pada 2012, yang ada dalam rancangan saya. Ari Lasso juga menjemput saya untuk mengadakan reunion.

“Kami kosong beberapa tahun, tiada kerja Dewa 19, tapi Once akan sambung nyanyi lagu Dewa 19. Nak kenakan bayaran, katanya ada royalti, mana buktinya (sudah bayar)? Tunjukkan duitnya,” kata Ahmad Dhani.

“Ya, mana bukti yang awak maksudkan? Tak ada. Pada pendapat saya, Once berlindung dengan EO. Dia kata Once nak tolong pencipta lagu. OK, bagi kami bukti pembayaran EO kepada kami dari 2010 hingga 2022. Minta bukti kalau dah bayar tak ada bukti,” sambungnya.

Untuk makluman, Ahmad Dhani secara rasminya telah melarang Once daripada membawakan lagu Dewa 19 kerana mendakwa ia mengganggu persembahan kumpulan itu.

Iklan

Baca juga: Titik terendah dalam hidup saya.’ – Kematian ayah jadi momen paling sukar buat Cakra Khan

Sumber: Kompas, Jawapos

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.