Aiman Ameer, Nurel Bahrin raih juara Hero Dewi Remaja 2023, bawa pulang RM10,000

A
A
A

 

SELAMA lapan minggu bersaing dalam Hero Dewi Remaja 2023, akhirnya finalis Aiman Ameer dinobatkan sebagai Hero Remaja 2023 manakala juara Dewi Remaja 2023 dimenangi oleh Nurel Bahrin.

Kedua-dua pemenang membawa pulang hadiah utama, wang tunai bernilai RM10,000 dan sebuah trofi termasuk selempang.

Nurel juga menerima menerima mahkota Dewi Remaja yang diserahkan oleh juara edisi 2021/2022, Tracie Sinidol.

Menurut Aiman atau nama sebenarnya Che Aiman Ameer Che Kamarudin, 23, kemenangan itu seolah-olah mimpi kerana tidak menyangka diangkat sebagai juara.

"Perasaan bercampur-baur, tidak sangka sebenarnya. Malam ini masing-masing memberikan persembahan terbaik. Saingan itu sengit.

"Amir seperti tidak percaya betul ke (saya menang). Alhamdulillah, it's a big honour kerana peserta lain hebat belaka.

"Bangga dan sangat bersyukur. Amir berhenti kerja sebagai pramugara kerana nak sertai program Hero Dewi Remaja 2023, titik peluh selama ini memang berbaloi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang media pertandingan akhir Hero Dewi Remaja 2023 yang diadakan di CIBD Convention Center, pada Jumaat.

Baca juga:Teruskan belajar, jaga adab; Khairul Aming rangkul Anugerah ‘Creator of The Year’ 2023, ucapan kemenangan buat ramai tersentuh hati!

Baca juga:Apabila perikemanusiaan kian pupus, nyawa adik Zayn & Zaharif diragut seolah tiada nilai

Amir turut menerima anugerah Hero Inspirasi Yaya Empire manakala Dewi Inspirasi dimenangi oleh Nur Adrina Kamaruddin, 24 dengan masing-masing menerima kontrak kerjasama bernilai RM20,000 berserta sebuah trofi.

 

SATU KEBANGGAAN

Sementara itu, Nurel atau nama sebenarnya Nurelyana Baharin, 21 meluahkan rasa teruja dan bersyukur kerana angan-angannya selama ini menjadi kenyataan apabila dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2023.

Ujarnya, beliau kini menjadi satu kebanggaan buat Sarawak kerana menjadi juara pertama dari negeri itu.

"Masya-ALLAH, selama ini hanya memasang impian memasuki program Dewi Remaja. Alhamdulillah, tercapai dan meraih kemenangan tersebut.

"Saya gembira dapat membuatkan Sarawakian bangga dengan kejayaan ini," ujarnya.

Selain itu, Nurel dan fanalis Razin Qidran memenangi kategori HeroDewi favorite dan membawa pulang wang tunai RM1,000.

Anugerah ini diberikan kepada finalis yang menerima undian tertinggi daripada peminat sepanjang lapan minggu.

Bagi naib juara Hero dan Dewi Remaja 2023 pula disandang oleh finalis Fitri Farok, dan Arabella Ellen, masing-masing menerima wang tunai bernilai RM7,000 dan sebuah trofi.

Manakala, kategori Best Chesmistry Duo dimenangi oleh Jay Iskandar dan Arabella dan masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM1,000 dan sebuah trofi.

Para peserta dinilai dan diadili secara keseluruhan oleh barisan juri terdiri daripada Scha Alyahya, Datuk Aznil Hj Nawawi dan Datuk Yusry Abdul Halim.

Program Hero Dewi Remaja 2023 akhir dihoskan oleh Fazziq Mukhriz dan Hawa Rizwana.

Hero Remaja dan Dewi Remaja merupakan sebuah jenama yang mencecah usia 38 tahun.

Dewi Remaja mula dianjurkan pada tahun 1985 manakala Hero Remaja sejak tahun 1990.

Pada tahun ini, program kerjasama Nu Ideaktiv Sdn Bhd dan Astro Ria itu m menyuntik sedikit kelainan, apabila kedua-dua pertandingan digabungkan serentak dan digelar Hero Dewi Remaja 2023.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca