AIZAT Amdan, seorang penyanyi dan komposer terkenal, bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hati juga pengurusnya, Elyssa Alia Ilias pada 14 Ogos ini.

Pasangan tersebut dikatakan sudah bercinta sejak tiga tahun yang lalu. Tahniah!

Memetik laporan media tempatan, menurut Elyssa, perkenalan mereka sebenarnya di atas dasar kerja sahaja.

Tambahnya lagi, dia dan Aizat turut berkongsi sifat yang sama iaitu suka makan.

“Aizat seperti rakan karib dan saya tak perlu berpura-pura. Kami pun berkongsi sifat sama seperti gemar makan.

“Dulu saya pernah temu bual dia dan terus terang tak kenal dia sangat. Bila sudah borak rupanya kami tinggal dalam kawasan sama,” ujarnya.

Aizat telah mencipta lagu khas bertajuk Hanya Kita Dua buat bakal isterinya itu. Lagu itu juga merupakan kesinambungan single Sampai Ke Hari Tua.

Bercerita lebih lanjut ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu yang berjudul Hanya Kita Dua baru-baru ini, Aizat berkata dia berani melamar Elyssa kerana yakin mampu menjadi suami yang terbaik buat wanita itu.

Baca juga Aishah kembali menulis, pertaruh lagu dakwah menerusi Dia

Aizat Amdan bakal berkahwin 14 Ogos ini, pengurus sendiri sebagai isteri

Tambah Aizat, Elyssa juga mengajarnya supaya tak pentingkan diri sendiri apalagi dia jenis menyendiri.

“Insya-ALLAH saya akan berkahwin dengan jodoh saya pada minggu depan. Kami bertemu dalam hampir tiga tahun dan mulanya sahabat saja. Bila lama-lama, secara semula jadi bercinta dan timbul hasrat untuk berkahwin.

Iklan

“Lagu Hanya Kita Dua istimewa sebab saya tujukan kepada dia. Lagu kahwin selalunya perlahan, santai, tapi saya nak buat lagu yang lebih ‘funky’. Ia lagu keraian sebab terlalu gembira jumpa seseorang yang istimewa.

“Dia seorang yang berbeza, petah bercakap, dan tenaganya mengagumkan. Lagu ini sangat menggambarkan perwatakan dia,” ujarnya.

Baca juga Tahun terakhir Aizat beraya solo

Iklan

Untuk info, pasangan itu akan melangsungkan pernikahan secara tertutup di E-Park, Puchong, Selangor dan juga mengadakan resepsi pada hari yang sama.

Aizat juga telah merisik pasangannya itu pada Februari lalu. Elyssa sebelum ini pernah bergelar hos untuk program Jom Wayang dan penyampai radio di stesen radio Rakita.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.