PELAKON Azar Azmi, 35, yang ‘menghilang’ secara tiba-tiba daripada radar industri hiburan sememangnya kini dirasai peminat, termasuk penggiat seni tanah air dan mereka yang pernah bekerjasama dengannya.

Baru-baru ini akaun TikTok baharu dipercayai milik pelakon yang berbakat besar itu muncul FYP di platform berkenaan. Diwujudkan pada 29 Mac, akaun @azarazmi7 itu kini memiliki 72,700 pengikut.

Dalam satu entri, Azar memuat naik video berdurasi 30 saat dengan kapsyen: “Ada yang rindu Aza?”

Baca juga: ‘Anita & suami bahagia, nak jadi orang biasa.’ Noor Kumalasari enggan buat ‘comeback’, terharu terima anugerah Legend Award

Akaun itu juga berkongsi tentang perkara random dan aktiviti nya di rumah. 11 video yang dimuat naik meraih view sekitar 12,000 hingga 1 juta.

Tinjauan SinarPlus mendapati akaun TikTok rasmi pelakon itu yang memiliki 801,400 pengikut hanya dikemas kini kali terakhir pada 8 Oktober 2022.

Malah akaun Instagram milik Azar, didapati kemas kini terakhir hantaran dibuatnya pada 6 Mei 2022, manakala difahamkan kali terakhir dia muncul membintangi drama di TV pada 2021 lalu.

Baca juga: Azar Azmi kental harungi cabaran PKP

Kehilangan Azar atau nama sebenarnya, Siti Azar Ameerah Azmi secara tiba-tiba daripada industri hiburan adalah satu kejutan kerana tidak diketahui apa punca sebenarnya.

Para peminat merindui lakonan berbakat beliau yang pernah membarisi beberapa karya hebat seperti Nur 2, Pujaan Hati Kanda, Tiada Arah Jodoh Kita, Cinta Fatamorgana, Isteri Untuk Diiktiraf dan Terbaik Dariku.

Iklan

Mengenai kisah peribadinya, Azar pernah bertunang dengan penerbit filem, Hafiz Rozlan pada 1 Disember 2019, namun mereka bagaimanapun difahamkan putus tunang sejak 10 Februari 2020.

Baru-baru ini, media melaporkan seorang individu yang mendakwa sebagai ahli keluarga aktres berkenaan memaklumkan Azar sudah mendirikan rumah tangga dan memiliki cahaya mata.

Sumber: TikTok

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!