JARANG melihat kemunculan Seniwati Noor Kumalasari di kaca televisyen mahupun majlis.

Di Hijab Fashion Award 2024 malam tadi, sosok tubuh yang dirindui ramai itu hadir bagi menerima Hijabista Legend Award.

Bintang veteran yang berusia 67 tahun itu ketika ditemui, menitipkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas anugerah yang mengiktirafnya sebagai legenda.

“Tak sangka mereka nak memberikan anugerah ini kepada saya.

“Satu penghargaan apabila digelar sebagai legenda. Alhamdulillah terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Majlis yang berlangsung di One World Hotel, Petaling Jaya itu turut diserikan dengan kehadiran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Baca juga :‘Buang jer, jangan sayang sangat.’ Cili kering berkulat undang bahaya, risiko hati rosak & kanser hempedu!

Tambah Pelakon Wanita Terbaik (Drama TV) , Anugerah Seri Angkasa pada 1984 dan 1991 itu, untuk menjadi ‘legend’ setiap anak seni perlu bertahan lama dalam menempuh onak duri dalam industri.

“Ada turun naik sebagai seorang anak seni untuk membangunkan industri filem tidak kira menyanyi, berlakon, peragawati dan juruacara,” katanya.

Baca juga:Usia 46 tahun, Sarimah Ibrahim kini bintang bertaraf antarabangsa, bernaung di bawah agensi di London

Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai dirinya yang kian menyepikan daripada dunia seni, pertanyaan itu mengundang tawa wanita elegan tersebut.

Jawabnya, banyak tawaran lakonan tetapi untuk kembali berlakon tidak lagi berminat.

Mengenai perkembangan Anita Sarawak dan suaminya, Mahathir Abdullah, beliau berkata, kedua-dua mereka sihat dan masih menetap di Amerika Syarikat.

“Di sana Anita dan suami sedang menjalankan perniagaan hartanah. Mereka masih bahagia sebagai suami isteri.

“Jangan dengar khabar angin. Yang penting mereka okay di sana,” katanya.

Baca juga:Kira berat penumpang sebelum terbang, ini polisi pelik syarikat penerbangan bikin ramai kecoh

Tambah Noor Kumalasari, pasangan itu mahu menjadi orang biasa dan perkara itu membuat mereka masih kekal di sana.

Malah katanya, raya tahun ini juga mereka tidak akan pulang ke Malaysia.

Iklan

“Tak balik beraya sini, Anita dan suami nak jadi orang biasa tak nak paparazi mengganggu.

“Saya pun tak ke sana beraya kerana perjalanan jauh. Dengar suara di telefon dah cukup,” ungkap beliau.

Pada majlis berkenaan, pengasas Leeyanarahman iaitu Nur Liyana Abdul Rahman dinobatkan sebagai penerima Hijabista Fashion Brand Award sekaligus mengiktiraf kejayaannya dalam membina empayar fesyen dan mencetus fenomena tersendiri di kalangan peminat fesyen hijab.

“Saya berharap pengiktirafan ini dapat menjadi inspirasi kepada bakat-bakat muda untuk terus berkarya dan menjadi titik tolak untuk memotivasikan mereka mengejar impian dalam bidang fesyen,” katanya.

Sementara itu, Editor Pengurusan Majalah Nona, Hijabista dan Mingguan Wanita, Kiffy Razak berkata, penganjuran program tersebut untuk mengiktiraf dan memberikan penghargaan kepada wanita yang berjaya dalam industri fesyen berhijab.

Iklan

Seramai 13 figura ikonik yang mencetuskan revolusi dalam bidang fesyen hijab tanah air dirai dalam majlis ‘Hijab Fashion Award 2024’.

Antara penerima anugerah ialah pempengaruh Muabellaz yang memenangi kategori Hijabista Influencer, Hijabista Styling (Didiyana Ehsan), Hijabista Most Glam(Rozita Che Wan), Hijabista Legend (Noor Kumalasari), Hijabista Achievement ( Vivy Yusof) dan Hijabista Inspirational (Maryam You Narae).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!