AL-FATIHAH. Ibu penyampai radio Suria FM, DJ Lin, Puteh Jantan, 80, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit buah pinggang di kediamannya di Jalan Merpati, Larkin Jaya, Johor Bahru, jam 4.50 pagi ini.

Perkara tersebut dikongsi DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abd Majid di laman Instagram miliknya sebentar tadi.

“Salam Jumaat semua, dengan lafaz Bismillah, #djlin ingin memaklumkan bahawa Ibunda Lin yang tercinta, Puan Hajah Puteh Jantan baru sahaja meninggal dunia jam 4.50 pagi ini (Jumaat, 24 Jun 2022) di rumah kami di Jalan Merpati, Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor.

“Mohon sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah mak. Semoga rohnya tenang dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

“Terima kasih atas segala kasih sayang, pengorbanan dan jasa untuk anak. Berehatlah mak.

Baca juga DJ Lin mahu terus cipta memori raya bersama ibu

“Mak sudah puas menanggung sakit. Kami sudah berusaha membantu menyembuhkan sakit. Namun, Allah lebih menyayangi mak.

“Mak akan sentiasa di hati dan kenangan bersama takkan pernah sekali dilupakan,” tulisnya.

Al-Fatihah, ibu DJ Lin meninggal dunia

Baca juga Buat masa ini, ibu terpaksa menjalani dialisis menggunakan peha kanan – DJ Lin

Iklan

Minggu lalu, Allahyarhamah Puteh dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat penyakit buah pinggang.

Ujar DJ Lin lanjut, jenazah arwah ibunya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Sungai Danga selepas solat Jumaat.

Al-Fatihah, semoga diberi ketabahan buat seluruh ahli keluarga.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.