ALAMI komplikasi pelbagai penyakit, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) Dr Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London telah menghembuskan nafas yang terakhirnya pagi tadi.

Pemergian Allahyarham dikongsikan anak, Salmany Akir Ahmad di laman sosial Facebook.

“Sesudah laungan azan Subuh, papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi pagi Jumaat.

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
“Ya ALLAH! Ampuni Almarhum, berilah dia rahmat-MU, kesejahteraan dan maafkanlah kesalahannya”

Menerusi maklumat dikongsikan Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, jenazah Mat London akan dibawa ke Masjid Masjid Al-Mardiyah, Taman Melawati dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat.

Baca juga: Jangan panik, kalut, 10 perkara perlu buat apabila ahli keluarga meninggal dunia

Pengarah veteran itu dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 13 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru.

Iklan

Dalam tempoh rawatan, pelakon itu bergantung sepenuhnya dengan mesin oksigen dan berada di wad pengasingan Unit Rawatan Rapi (ICU) selain mengalami pelbagai komplikasi penyakit lain yang turut menjejaskan kesihatannya.

Baca juga: ‘Berehatlah bidadari syurga, I love you.’ Ucapan pilu Kilafairy selepas pemergian ibu undang sebak warganet

Kredit foto: Facebook Salmany Akir Ahmad 

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang