‘BEREHATLAH bidadari syurga.’ Demikian titipan pilu pelakon dan penyanyi, Kilafairy selepas pemergian ibu tersayang, Rohana Jalil.

Sentiasa berada di sisi arwah sepanjang penyanyi veteran itu berjuang dengan kebocoran usus,  Kilafairy meluahkan rasa kehilangan selepas Rohana kembali ke rahmatullah pada 11.33 malam tadi.

Kilafairy atau Syakila Nisa binti Jahangir Khan, 31, yang turut hadir menguruskan jenazah Allahyarham sehingga ke liang lahad meluahkan bahawa hari yang paling ditakutinya iaitu hari kematian ibu tersayang telah tiba.

Baca juga: Rohana Jalil lemah kerana kebocoran usus, rakan anjur majlis bacaan Yasin

“Sekejap je ALLAH pinjamkan mama untuk adik dekat dunia ni.

“The day I feared most has come.

“No other choice but to face this cruel world without you by my side, mama.

“My protector, my guardian angel, my nyawa, my everything,” kongsinya.

Dalam pada itu, Kilafairy turut menzahirkan rasa rindu selepas pemergian Rohana pada 2 Zulhijah dan mendoakan agar ibunya ‘berehat’ di alam sana.

“ALLAH ambil mama pada hari kedua Zulhijjah, Subhanallah, ALLAH sayang kita 70 kali kali ganda lebih daripada seorang anak sayangkan ibunya.

“Nanti adik jumpa mama dekat sana okay. Rest well, my bidadari syurga. I love you.” titipnya.

Baca juga: Rohana Jalil meninggal dunia

Baca juga: 44 tahun warnai dunia seni, belasungkawa buat Rohana Jalil, rakan artis, warganet titip duka

Memuat naik gambar Rohana ketika sambutan ulang tahun kelahiran, pelakon filem Karak itu menerima ucapan takziah dan sokongan daripada warganet agar terus tabah.

– “Innalillah. Takziah buat you and family. Stay strong Kila. Al-Fatihah.” – @kakaazraff.

– “Semoga ibunda tercinta di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah. Aamin salam takziah buat Kila dan @shakiraidora.” – @sherry_alhadad

Iklan

– “Salam takziah, Semoga aunty ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Stay strong love. Al – fatihah..” – @diananasir

– “Takziah, Kakak terkejut sangat. I’m so sorry. Innalillahiwainnailaihirojiun.” -@catrionaross

– “Salam takziah to you @kilafairyofficial. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.” – @donnamuslim

– “Salam takziah Kila, Moga ALLAH tempatkan arwah mama dikalangan yang beriman.”– @wanihasrita.

Baca juga: Apa itu masalah kebocoran usus yang dideritai arwah Rohana Jalil? Ini penerangan pakar

Iklan

Rohana  yang bergelut dengan kebocoran usus sejak Mac lalu pernah melalui pembedahan pada April.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Baca juga: Jenazah Rohana Jalil selamat dikebumikan

Sumber: Instagram Kilafairy

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi