PELAKON berdarah kacukan, Anna Jobling dimasukkan ke sebuah hospital swasta di ibu negara selepas disahkan mengalami demam denggi.

Menurut Anna, dia pada awalnya mengalami demam panas dan badannya dinaiki ruam merah.

“Ujian darah pertama yang dilakukan pada Khamis tidak menunjukkan saya mengalami denggi, namun ujian darah kedua semalam, saya positif dengan denggi.

“Saya minta doakan yang terbaik agar segera sembuh demam denggi ini. Buat masa sekarang, saya masih dirawat di Hospital Gleneagles dan keadaan baik-baik sahaja,” katanya kepada SinarPlus.

Iklan

Tambah bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019 itu, dia berharap dapat keluar daripada hospital secepat mungkin kerana masih terikat dengan penggambaran drama Melur Untuk Firdaus yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi.

Iklan

Drama berkenaan menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Port Dickson, Negeri Sembilan; dan Melaka.