SEJAK Sabtu lalu, kontroversi hubungan antara pelakon dan pengacara popular, Neelofa dan PU Riz dikatakan berakhir menjadi bualan hangat.

Namun kedua-duanya mengambil pendekatan yang agak baik dan hanya bertindak berdiam diri.

Setelah beberapa hari membisu, kini Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Haris bin Ismail, nampaknya dilihat telah tampil memuat naik status yang sedikit sebanyak dapat dikaitkan dengan kontroversi tersebut.

Menerusi Insta Story, pendakwah bebas itu memuat naik potongan ayat berbahasa Arab yang mempunyai terjemahan Bahasa Inggeris.

“And know that Allah will resolve everything in the end, in a way you would never imagine.”
(Dan ketahuilah bahawa Allah akan menyelesaikan segalanya pada akhirnya, dengan cara yang tidak pernah anda bayangkan.)

Ternyata potongan ayat tersebut mungkin dapat difahami peminat yang sedang mengikuti perkembangan hubungan antara dua personaliti ini.

Sementara itu, Ahad lalu, Neelofa telah tampil menjawab spekulasi yang timbul antara dia PU Riz selepas ianya semakin hangat diperkatakan oleh netizen di media sosial.

Neelofa dalam siaran IGTV di Instagramnya menjelaskan segala dakwaan yang dilemparkan kepadanya dan PU Riz seperti kononnya mereka telah bernikah secara sembunyi serta fitnah yang berlegar di media sosial adalah tidak benar sama sekali.

Baca juga Artis berpakaian ‘Santa Claus’, ini kata PU Syed

Iklan

Menerusi video itu, Neelofa telah memohon doa daripada peminat agar urusan dan perhubungan antara mereka berdua baik-baik sahaja dan turut memberitahu bahawa keluarga kedua belah pihak kini sedang mencari titik persetujuan bagi masalah yang sedang dihadapi kini.

Iklan

Terdahulu, dalam satu kenyataan, Neelofa turut menafikan semua khabar angin yang tular di media sosial berkaitan hubungannya dengan PU Riz.

Neelofa turut menafikan dirinya terkena minyak pengasih sehingga mahu membelanjakan sejumlah wang yang banyak buat PU Riz dan keluarganya.