Artis berpakaian 'Santa Claus', ini kata PU Syed

A
A
A

SEBELUM ini tular di media sosial sekeping foto milik keluarga pengacara, Awal Ashaari bersama isteri serta anak menyambut hari Krismas minggu lalu.

Foto yang memaparkan mereka memakai topi 'Santa Claus' itu mendapat kecaman daripada warganet.

Namun, Awal tampil menjelaskan situasi sebenar yang foto tersebut dirakam ketika berkunjung ke rumah sahabatnya yang menyambut perayaan tersebut.

Katanya, mereka hanya menghormati permintaan tuan rumah.

Yang terbaharu, turut mendapat nasib yang sama dengan Awal adalah pelakon terkenal, Fasha Sandha.

Fasha dikatakan turut mendapat kecaman warga maya apabila memakaikan bayi perempuannya kostum 'Santa Claus' dan memuat naik di laman Instagramnya.

Menurutnya, dia kesal dengan kecaman tersebut dan menggelarkan netizen sebagai 'ustaz-ustazah jadian' dalam posting berlainan yang membidas semula kepada warganet.

Katanya dia memakaikan anaknya, Aisha Amairah yang berusia empat bulan itu dengan kostum 'Santa Claus' hanya sekadar untuk suka-suka.

Artis berpakaian 'Santa Claus', ini kata PU SyedSementara itu, pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri Al-Yahya atau dikenali PU Syed turut tampil menasihati kepada mereka yang bertindak memuat naik gambar meraikan sambutan Hari Krismas itu di laman Instagramnya.

Katanya, menyamakan semua agama itu adalah fahaman Liberal.

"Hormat agama lain itu digalakkan dalam Islam bahkan kita diperintah oleh Allah untuk tidak mengutuk sembahan serta anutan orang bukan Islam.

"Bila orang bukan Islam ingin turut sama meraikan perayaan umat Islam, silakan, kita tak halang.

"Namun jika kita pula ingin meraikan perayaan mereka dengan berlebih-lebihan sehingga memakai pakaian yang dilarang agama, bahkan telah difatwakan pun, dengan alasan hormat tuan rumah atau hormat agama mereka, ini dah lari daripada tuntutan agama kita.

"Islam bukan mengajar umatya untuk sombong, tetapi Islam mengajar umatnya agar patuh terlebih dahulu perintah dan larangan agama.," tulisnya.

Selain itu, PU Syed turut membuat perkongsian, Mufti Johor, Datuk Tahir Shamsuddin turut mengingatkan umat Islam supaya tidak memakai pakaian atau perhiasan yang menyamai 'Santa Claus' kerana ia bercanggah dengan seruan Nabi Muhammad SAW.

Katanya, kebanyakan umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama hingga menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas yang disambut penganut kristian.

Baca juga Samsons ubat rindu peminat, album V lebih padu

Menurutnya, pemakaian topi 'Santa Claus' atau apa sahaja perhiasan dan pakaian yang berkaitan dengan Hari Krismas termasuk meletakkan pokok Krismas adalah tidak dibenarkan.

"Tidak ada keperluan untuk memakainya kerana pemakaian atau perhiasan tersebut seakan-akan menunjukkan pengiktirafan terhadap perayaan tersebut.

"Jika ada jemputan maka ianya terhad kepada kadar yang diperlukan seperti jamuan makan.

"Itu pun adalah sebagai tanda menjaga hubungan baik bukannya mengiktiraf kepercayaan dan perayaan mereka.

"Setiap kali menjelang 25 Disember, ada antara orang Islam memakai pakaian itu. Bagi saya, hukumnya haram kerana ia boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang Islam itu," katanya.

Selain itu, foto ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenakan topi 'Santa Claus' turut tular di laman sosial.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca