AKHIR-akhir ini aktor Hollywood, Johnny Depp sering mendapat sorotan media massa susulan daripada perbicaraan kes tuntutan saman fitnah bekas isterinya, Amber Heard.

Pelakon yang terkenal dengan watak lanun Jack Sparrow menerusi filem ‘Pirates of Caribbean’ itu menjadi tajuk berita hangat enam minggu lalu sejak perbicaraan mereka diadakan di Fairfax, Virginia.

Siapa sangka pasangan yang pertama kali bertemu semasa pembikinan filem The Rum Diary pada tahun 2009 itu berakhir begini.

Segala yang berlaku sepanjang perkahwinan yang dibina selama 15 bulan menjadi fakta kes mahkamah. Pelbagai ‘plot twist’ dan pengakuan terbongkar. Tidak kurang juga video bukti kecurangan Heard dengan aktor James Franco.

Baca juga: David Beckham terima menantu anak bilionair, kos majlis kahwin RM22.03 juta

Paling menggemparkan ialah penemuan najis di atas katil oleh aktor itu yang didakwanya milik Heard. Perbuatan keji itu dipercayai dilakukan untuk membalas dendam selepas kedua-duanya bertengkar.

Johnny Depp, 58, menyaman Amber Heard, 36, sebanyak USD$50 juta (RM65.89 juta) untuk artikel yang ditulis dalam Washington Post pada tahun 2018. Artikel bertajuk “tokoh awam yang mewakili penderaan domestik” menjadi punca.

Bagaimanapun, Heard menggugat kembali dengan dakwaan keganasan rumah tangga bersamaan dengan RM42 juta kerana merasakan pengakuannya sebagai mangsa keganasan rumah tangga dianggap sebagai penipuan oleh peguam Depp.

Tujuh juri yang mendengar kes itu di sebuah mahkamah di Virginia mendapati bahawa artikel ditulis Heard mengenai dakwaan keganasan seksual adalah fitnah kepada Depp.Selain itu, juri mendapati ia ditulis dengan niat jahat.

Baca juga: Isteri sedih suami ‘kaki gaduh’, buang beras dalam tandas, rosak mainan anak

Kedua-duanya pertama kali bertemu di set penggambaran ‘The Rum Diaries’ pada tahun 2009

Juri memutuskan untuk memihak kepada Depp dalam tuntutan mahkamah terhadap bekas isterinya itu. Mahkamah juga membuktikan bahawa Heard mereka-reka dakwaan bahawa dia didera oleh Depp sebelum dan semasa perkahwinan singkat mereka.

Dalam pada itu, juri juga memihak kepada Heard yang berkata dia telah difitnah oleh peguam Depp apabila dia menggelar dakwaan penyalahgunaannya sebagai satu penipuan.

Juri mendapati Depp perlu membayar ganti rugi USD$10.35 juta, manakala Heard harus menerima USD$2 juta.

Iklan

Peguam kepada Depp berkata, anak guamnya telah difitnah melalui artikel yang ditulis Heard walaupun ia tidak menyebut namanya.

Heard mendakwa Depp menderanya secara fizikal

Keputusan itu sekali gus menamatkan perbicaraan dalam media yang diharapkan oleh Depp dapat membantu memulihkan reputasi, walaupun ia telah memberikan kesan terhadap dirinya.

Begitulah berakhirnya kontroversi pasangan ini. Sebelum Heard, Depp pernah mendirikan rumah tangga dengan jurusolek, Lori Anne Allison pada 1983. Perkahwinan tersebut bagaimanapun bertahan selama dua tahun sahaja.

Depp mempunyai dua anak hasil daripada hubungannya dengan supermodel era 90-an, Vanessa Paradis, Lily Rose Depp, 23 dan Jack Depp, 20.

Iklan
Jalin hubungan selama 14 tahun, Vanessa Paradis juga ibu kepada dua anak aktor itu

Terdahulu, aktor kacak itu pernah dikaitkan dengan selebriti rupawan seperti supermodel, Kate Moss dan pelakon, Wynona Ryder.

Baca juga: Suami penggal kepala isteri, cemburu keterlaluan bawa padah

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI