Anak Aepul Roza pula positif Covid-19

A
A
A

SELEPAS tiga hari mengesahkan dirinya positif Covid-19, vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza memaklumkan anak sulungnya, Nur Saffiya Alisha, 5, juga dijangkiti virus itu.

Alisha sebelum itu mengalami simptom demam panas dan telah menjalani ujian calitan (swab test) dan disahkan positif.

Menerusi perkongsian menerusi Insta Story miliknya, Aepul sempat memohon maaf kepada anaknya dan menjalani kuarantin bersama puteri sulungnya itu.

“My poor baby. Alisha juga positif. I’m sorry baby girl. Daddy jaga awak, okay?” tulisnya ringkas.

KELUARGA AEPUL ROZA... Aepul kini menjalani proses kuarantin bersama anaknya.

Menerusi perkongsiannya tiga hari lalu, Aepul atau nama sebenarnya Noor Syaiful Mohd Zalaludin, 33, memaklumkan disahkan positif selepas melakukan ujian calitan kali kedua.

Baca Juga Aepul Drama Band positif Covid-19

Selain Aepul, pemain dram Drama Band, Faeez Ikhwan turut positif dan telah menjangkiti isterinya yang juga penyampai radio Kool FM, Rea dan anak mereka, Dhia, enam bulan.

Artikel Berkaitan Rea (Kool FM), suami dan anak positif Covid-19

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca