Perkongsian terbaharu pelakon Nad Zainal bersanding di pelaminan bersama suaminya, Ungku Ismail Aziz dalam Instagram miliknya mengundang perhatian ramai.

Menerusi hantaran berbentuk video yang dikongsikan itu kelihatan pasangan tersebut tampak gembira dan cantik sambil diiringi masuk ke dewan.

Baca ni [16 FOTO] ‘Know-know nikah’- Sekitar ijab kabul Nad Zainal, Ungku Ismail, ramai titip doa kebahagiaan

nad

Majlis walimatul urus itu menyaksikan pasangan suami isteri itu tampak kacak dan manis dalam persalinan pereka Zaimi Zulkifli. Klasik moden dengan rona yang cukup menarik menaikkan seri kedua-duanya.

Memang sama cantik dan sama padan. Lebih istimewa lagi, kehadiran anak-anak turut menyerikan suasana.

Satu hantaran perkongsian Nad mengenai gelagat anaknya di atas pelamin mencuit hati ramai.

Baca lagi Nad Zainal, Ungku Aziz selamat menimang cahaya mata lelaki. 10.10, cantik, kan tarikh tu…

nad zainal

Saat mata ku terlihat ada anak ayam join atas pelamin… kuhanya..PASRAH.” demikian kapsyen Nad.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya dan rakan selebriti tumpang gembira selain menitipkan doa semoga Nad dan Ungku Ismail kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Baca juga ‘Kami tak tunggu bulan madu.’ Ungku Ismail, Nad Zainal rupanya bunting pelamin, sebulan nikah terus hamil 6 minggu

ungku

Untuk rekod, sebelum ini, Nad pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amiruddin 18 September 2015 namun, memutuskan untuk bercerai pada September 2022.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Iklan

Sumber: Instagram Nad Zainal 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Iklan