PELAKON Nad Zainal dan suami, Ungku Ismail Aziz selamat menimang cahaya mata lelaki baru-baru ini.

Berdasarkan InstaStories Nad yang memaparkan gambar suaminya mendukung dan menyusukan, bayi mereka difahamkan dilahirkan pada 10 Oktober lalu.

Berita gembira itu turut dimuat naik Ungku Ismail di laman Instagramnya.

Dengan kapsyen penuh cinta, beliau antara lain berkata:

“Cinta tidak semestinya berwarna merah. Selalunya ia berwarna putih.

“Selamat datang anakku ke dunia yang pastinya menjadi tempat untuk perjuangan namun dengan berdiri dalam perspektif Tuhan, ia menentukan kebahagiaanmu.

“Ahmadullahu basuh kuruh, Subhaanak Robbul Arsyil ‘Adzeem dan terima kasih sayangku @nad.zainal.”

Sementara itu, Nad Zainal menerusi Instagramnya berkongsi pengalaman awal berpantang di sebuah confinement centre.

Baca juga: Lebih hargai hidup, Nad Zainal akui hampir gila rindukan anak

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan kedua pasangan itu atas berita gembira tersebut.

 

Berikut antara komentar yang ditinggalkan:

“Tahniah Nad dan Ungku Ismail.”

“Tahniah untuk kelahiran bayi baharu. Semoga sentiasa sihat, dalam Rahmat Allah SWT selalu dan menjadik anak yang soleh. Amin.”

Iklan

“Alhamdulillah dan tahniah @ungkuismailaziz & @nad.zainal sekeluarga untuk kelahiran bayi baharu. Semoga menjadi anak yang soleh, sentiasa dalam perlindungan dan rahmat ALLAH serta cemerlang di dunia dan di akhirat. Allahumma Aamiin ya Mujib.”

Untuk rekod, Nad sebelum ini pernah berkahwin bersama Faliq sebelum disahkan bercerai pada September 2022.

Baca juga: Nad Zainal kini hamil, bakal bersalin pertengahan Oktober

Baca juga: [16 FOTO] ‘Know-know nikah’- Sekitar ijab kabul Nad Zainal, Ungku Ismail, ramai titip doa kebahagiaan

Iklan

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Nad kemudian mendirikan rumah tangga bersama Ungku Ismail pada 23 Januari 2023.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!