PENAMPILAN selebriti, Neelofa sentiasa menjadi tumpuan ramai. Terbaru, kemunculan usahawan itu di sebuah gelanggang futsal bagi menemani suaminya, Haris Ismail menarik perhatian warga maya.

Ibu kepada Muhammad Bilal itu berkongsi hantaran di TikTok video yang dirakam rakan setibanya beliau di sana.

Memakai kemeja-T merah, bertudung sarung dan seluar sukan, penampilan ringkas Neelofa dipuji warga maya.

Baca juga: Saya cari imam solat tarawih di rumah- Neelofa kongsi kisah cinta berputik

Doakan anak waktu tidur, menyusu, Neelofa kongsi doa yang diamalkan Baca juga: Lebih kurang period pain je- 14 jam kontraksi, Neelofa kongsi detik lahirkan Bilal

“Mahal Pak Ustaz bayar untuk kehadiran penyokong ni.”

Neelofa dilihat duduk bersama beberapa wanita lain memberikan sokongan kepada suami masing-masing.

Rata-rata warga siber mengatakan juara Dewi Remaja 2009/2010 itu kelihatan lebih muda seperti pelajar sekolah.

Malah tidak kurang teruja melihat Neelofa muncul di gelanggang futsal bagi memberikan sokongan buat PU Riz.

-“Masya-ALLAH, comelnya Lofa, slim, cantik. Macam pelajar sekolah.”

-“Wah, Neelofa masuk gelangang futsal, jadi supporter Pak Ustaz.”

-“Bukan senang nak tengok Neelofa jadi pom pom girl.”

-“Pom pom girl paling letup, sebab jarang tengok Lofa turun gelanggang.”

Iklan

-“Wah bestnya, ada penyokong kuat team Ustaz Haris.”

-“Bila Lofa jadi pompom girl, comel.”

-“First time tengok Lofa berpakaian begini. Nampak macam cikgu Pendidikan Jasmani.”

-“Comel Lofa pakai tudung sarung.”

Iklan

Sumber: Instagram lofa.page, TikTok Nur NLFH

Baca juga: Neelofa siap ambil kelas untuk Bilal, rupanya ‘sleep train’ banyak kelebihan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan