KEUNIKAN suaranya merinding menusuk kalbu, si cilik berbakat besar Amir Sisi muncul juara The Chosen One musim pertama.

Kejayaan itu menobatkan Amir sebagai orang Asli pertama yang muncul meraih kemenangan pertandingan nyanyian televisyen kanak-kanak di Malaysia.

Amir menewaskan tiga peserta lain yang bertanding di peringkat akhir iaitu Khalyn, 17, Erika Koo, 17, Raja Dayana Umayma, 13 dan membawa pulang pulang wang tunai RM30,000, trofi serta lagu single daripada Rocketfuel Entertainment.

Keunikan suara dan personaliti Amir yang bersahaja menyentuh hati ramai rakyat Malaysia sehingga tular di laman sosial TikTok dengan jumlah tontonan sebanyak 150 juta.

Sebak, ibu tidak dapat menahan tangisa ketika Amir diumumkan sebagai juara

Baca juga: Beauty with brain, wanita ini doktor gigi pertama Orang Asli, kegigihan ibu jadi inspirasi

Selain kekuatan vokal, Amir ada auranya tersendiri. Berikut 10 fakta menarik anak muda ini:

1-Amir berusia 12 tahun merupakan orang Asli dari suku kaum Temiar.

2-Memiliki nama gelaran Unuk, Amir mempunyai lima adik beradik.

3-Kanak-kanak berbakat ini berasal dari Pos Kemiar yang terletak di Gerik, Perak.

4-Beliau adalah murid Sekolah Kebangsaan RPS Pos Kemar, Gerik, Perak.

5-Beliau adalah anak didik kepada mentor Putera Muhammad.

6- Amir terdahulu muncul sebagai Johan Nyanyi Solo Kerohanian Festival Fitrah Murid Orang Asli Peringkat Kebangsaan 2022 (JAFOA).

7-Banyak terlibat persembahan nasyid, bakatnya dikesan dan diasah oleh guru-guru sejak berusia tujuh tahun.

8-Guru-guru mendedahkan Amir kerap mengalunkan azan di surau sekolah.

Iklan

9- Para guru memberikan sokongan dan kerap mempromosikan kegiatan Amir di pelbagai platform media sosial di bawah nama Termoj Production.

10-Amir antara peserta yang paling menyerlah di The Chosen One dan pernah menyentuh perasaan penyanyi rock legenda, Datuk Awie.

Tahniah dan semoga terus berjaya Amir Sisi!

Baca juga: Susherrie Suki cipta sejarah, mahasiswa orang Asli pertama raih ijazah first class universiti ternama

Baca juga: Pencapaian luar biasa buat anak Orang Asli, kisah Edmund tamatkan pengajian di luar negara cetus inspirasi

Iklan

Sumber: Astro Gempak 

Kredit foto: Astro Ceria 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!