SUSHERRIE Suki, gadis berketurunan orang Asli yang mencipta sejarah di negara ini selepas menjadi mahasiswa orang Asli pertama meraih ijazah sarjana muda kelas pertama dari Semenanjung Malaysia dari Bartlett School of Planning, University College London (UCL).

UCL merupakan sebuah universiti terkemuka dan berada di kedudukan kelapan dunia (QS World University Ranking 2023). Malah ia di tangga keempat bagi universiti di United Kingdom (UK).

Baca juga: Irdina Shahriman, pelajar cemerlang M’sia CGPA 4.0 raih tempat pertama di Virginia Tech

 

Berasal dari Perak, Susherrie yang baharu sahaja menamatkan pengajian Sarjana Muda kini ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana bidang Rekabentuk Bandar dan Perancangan Bandar (Urban Design and City Planning).

Baca juga: Pencapaian luar biasa buat anak Orang Asli, kisah Edmund tamatkan pengajian di luar negara cetus inspirasi

Ibu bapanya merupakan orang Asli suku Semai dari Kampung Orang Asli Cinggung, Behrang Ulu di Tanjung Malim dan Kampung Orang Asli Ulu Geruntum, Gopeng, Perak.

Terdahulu, kejayaan diraih Susherrie bukan calang-calang. Beliau yang mendapat tajaan Biasiswa MARA di bawah Program Pembangunan Bakat Muda (Program Young Talent Programme -YTP) sebelum ini meraih keputusan 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan diterima melanjutkan pelajaran di Kolej Mara Seremban.

Selain cemerlang dalam akademik, wanita muda itu turut aktif dalam pelbagai kegiatan di kampus termasuk sebagai anggota Royal Town Planning Institute, ketua biro publisiti Bartlett Urban Planning Society dan ketua biro UCL Malaysia Society.

Baca juga: Pelajar cemerlang Malaysia dicalon Sigma Xi, sebaris Albert Einstein

Iklan

 

Fasih berbahasa orang Asli Semai, Susherrie turut menguasai bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin.

Semoga kejayaan yang diraih Susherrie menjadi inspirasi kepada wanita lain agar terus memajukan diri dan menggapai kejayaan dalam pelajaran. Beauty with brains!

Iklan

Baca juga: Suami isteri genggam PhD usia 26 tahun, berkahwin dan ada anak bukan penghalang

Sumber: Instagram @persatuanmahasiswaorangaslimys

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan