‘ALLAH tidak pernah mengabaikan sesiapa pun.’

Demikian tutur pelakon Angeline Tan kepada penyampai radio Sinar FM, Dina Nadzir.

Mengakhiri temu bual menerusi slot Sinar Solo, Angeline sempat menitipkan doa buat Dina.

Ujar Angeline, jodoh adalah rahsia ALLAH yang pasti akan tiba suatu masa nanti.

Penyanyi dan penyampai radio Sinar FM, Dina Nadzir

Baca juga: Dina Nadzir kini penyampai Sinar FM

“Saya sendiri tidak menyangka pada usia 56 tahun akan dikurniakan ini (jodoh) semua.

“Syukur kepada ALLAH atas semuanya. ALLAH tidak pernah mengabaikan sesiapa pun. That is what I think.

“Everyday is a good day, ALLAH memberikan kita hari yang baik setiap hari.

“Tidak pernah ada hari yang tidak baik. That is what I said to someone that day,” ujarnya.

Sabri dan Angeline sahabat baik selama 32 tahun selepas sama-sama meraih populariti menerusi sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Baca juga: ‘Dia insan yang saya kagumi.’ Angeline Tan dedah bagaimana terbuka hati terima Sabri Yunus, kenal 3 tahun baru melamar

 

Mereka disatukan dalam satu majlis ijab kabul tertutup di Musalla Teduhan Doa, Kangar, Perlis jam 10.30 pagi, 14 Oktober lalu.

Iklan

Pasangan itu dinikahkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan disaksikan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Sabri sebelum ini kehilangan isteri, Norraya Mohd Yusuf pada 2007 akibat kanser. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sementara Angeline pula memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu.

Baca juga: Indahnya maksud Ardini, Sabri Yunus pilih nama untuk Angeline Tan tak sampai 2 minit

Iklan

Sumber: TikTok @sinar_my

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!