ANUGERAH membawa kepada pencapaian dan pengiktirafan untuk kerja keras yang dilakukan oleh setiap insan dalam bidang yang diceburi.

Begitu juga apa yang dimpikan pelakon, Mimi Lana sepanjang kariernya dalam industri ini.

Namun, katanya, ia bukan satu keutamaan kerana yang paling penting adalah kualiti dan penyampaian dalam membawa watak itu dapat memberi kesan dan pengajaran kepada penonton.

“Mestilah (nak menang anugerah)… impian semua pelakon tetapi saya ia bukan menjadi perkara utama yang saya nak kejarkan dalam kerjaya.

“Jadi kalau ada Alhamdulillah satu bonus kepada saya.

“Tetapi yang utama yang saya kejar sekarang ialah memberi yang terbaik kepada penonton,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang media filem The Experts di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Iklan

Selain Mimi filem terbitan Astro Shaw yang bakal menemui penonton di pawagam pada 23 Mei ini turut dibintangi Datuk Aaron Aziz, Remy Ishak, Maya Karin, Ray, Tony Eusoff, Jau Iswazir dan Hasnul Rahmat.

Dalam pada itu, ditanya sama ada pernah menerima tawaran berlakon di negara jiran, Mimi menjawab, kekangan jadual lakonan buat masa sekarang menyukarkan dirinya menerima tawaran dari Indonesia.

Iklan

“Ada perancangan… saya pernah mendapat satu tawaran di sana tetapi bukan rezeki saya lagi kerana ada masalah pertindihan dengan tarikh dan masa.

“InsyaALLAH diharapkan next (tahun),” katanya.