Anzalna bantu bapa tunggal anak satu beli barang keperluan, orang ramai boleh tag keluarga kurang mampu di IG

PELAKON cantik Anzalna Nasir sebelum ini giat membuat kerja amal dengan menghulurkan bantuan untuk pembelian susu dan lampin pakai buang kepada keluarga yang memerlukan.

Pelakon berusia 35 tahun itu sudah aktif menghulurkan keperluan asas seperti susu dan lampin pakai buang buat mereka yang tidak berkemampuan sejak beberapa bulan sebelum negara dilanda wabak Covid-19.

Alhamdulillah! Terbaru Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir berkongsi di media sosial membantu seorang bapa tunggal anak satu baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, memaparkan dirinya yang turut sama membeli-belah barang keperluan bayi untuk seorang bapa tunggal anak satu itu di sebuah gedung produk bayi di Kuala Lumpur.

“Rezeki yang ALLAH bagi perlu dikongsi bersama mereka yang memerlukan. Kali ni Anzalna bawa single daddy bersama anak kesayangan shopping di tempat fav Anzalna @mothercaremalaysia.

“Insya-ALLAH nanti Anzalna akan bawa lagi keluarga yang bertuah shopping di Mothercare, korang tolong tag keluarga yang memerlukan barang baby,” kongsinya.

Baca juga Penampilan Syafinaz Selamat pakai tudung buat ramai teruja, ini cara berhijab jelita ikut bentuk muka

Kredit foto: Instagram Anzalna

Menjengah ruangan komen, perkongsiannya itu dihujani dengan pujian warga maya dan peminat yang kagum dengan inisiatif membantu golongan memerlukan.

Malah ramai yang menitipkan doa buat wanita kacukan Melayu, Cina, Pakistan dan Bugis itu dimurahkan lagi rezeki sekali gus dapat membantu lebih ramai individu di luar sana.

Ujar mereka;

“Semoga Anzalna dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat ALLAH untuk sekeluarga… terpancar riak gembira di wajah daddy dan cute girl.”

Iklan

“Allahu…. berair mata tengok. Semoga murah rezeki Anzalna and family. Semoga dipermudahkan urusan single father tu.”

“Subhanallah… terima kasih Anzalna kerana sudi kongsi rezeki dengan insan yang memerlukan. Perbuatan macam ni lah harta sebenar kita di akhirat nanti.”

Baca juga ‘Mak ladang pahala & rezeki.’Buat kejutan, Nubhan renovate bilik ibu serupa hotel undang sebak!

“Kenapa mata saya masuk habuk ni bagusnya si ayah dan baiknya hati Anzalna berkongsi rezeki.”

Iklan

“Semoga rezeki Anzalna dan brother ni sentiasa mengalir seperti air lautan yang tidak putus.”

Semoga apa yang dilakukan Anzalna ini memberi inspirasi kepada kalian untuk memberikan bantuan terhadap pihak yang memerlukan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.