AWAL Jun lalu, pelakon Ahsraf Muslim mendedahkan beliau mengalami masalah kesihatan dikatakan kesan jangka panjang akibat jangkitan Covid-19 yang dialami pada April tahun lalu.

Pada mulanya, Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim, 40, menyangkakan masalah itu berpunca dek kecederaan lama pada bahu.

Pun begitu, selepas melakukan pemeriksaan dan prosedur termasuk X-ray doktor mendapati kesakitan itu kesan daripada jangkitan koronavirus.

Apakah sebenarnya yang berlaku pada Ashraf? Bagaimana keadaan beliau hari ini?

Jom ikuti kupasan lanjut sesi Live SinarPlus kendalian Addy Junaidi bersama Ashraf baru-baru ini.

Bagaimana keadaan Ashraf dan keluarga sepanjang tempoh total lockdown ini?
Seperti yang kita sedia maklum dalam tempoh ini (total lockdown) banyak aktiviti terbatas sehingga nak bekerja pun tak boleh.

Namun begitu, semuanya ada hikmah apabila saya berpeluang lebih rapat dengan anak-anak dan keluarga.

Maklumlah, sebelum pandemik saya sibuk bekerja dan jarang dapat melihat pembelajaran mereka.

Tapi, kali ini saya lebih mengetahui perkembangan dan belajar bersama anak-anak. Inilah masa terbaik untuk saya mengenali mereka.

ashraf muslim
BAHAGIA. Ashraf (dua dari kanan) di samping dua isteri dan anak-anaknya.

Bercakap mengenai sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), ia salah satu cabaran besar buat ibu bapa hari ini sehingga ada yang mengakui hilang sabar. Bagaimana pula dengan Ashraf?
Mula-mula memang hilang sabar dan naik angin sebab soalan mudah pun anak-anak tidak boleh menjawab (ketawa).

Tapi, apabila memikirkan semula saya tak boleh berterusan begitu. Lalu, mengambil pendekatan berlembut dan nampak perubahan dari semasa ke semasa.

Situasi ini membuatkan saya bertambah respek terhadap golongan guru yang sangat bersabar dengan kerenah pelajar khususnya ketika kelas secara online. Mereka (cikgu) mampu mengendalikan kelas cukup baik.

ashraf muslimBaru-baru ini, Ashraf ada berkongsi mengenai kesan jangka panjang akibat jangkitan Covid-19 yang dialami. Boleh ceritakan lebih lanjut bersama pembaca SinarPlus?
Pada awal April tahun 2020, saya disahkan positif koronavirus selepas pulang dari Scotland.

Justeru, selesai menjalani ujian calitan sementara menunggu keputusan kuarantin kendiri di rumah. Pada waktu itu, bahu rasa terlalu sakit sehingga menggalirkan air mata.

Pengerakan badan dan tidur jadi serba tidak kena kerana terlalu sakit. Namun begitu, selepas tiga hari kesakitan dialami reda sedikit dan saya dimasukkan ke hospital kerana Covid-19.

Di wad ketika melakukan senaman tekan tubi tulang belikat (skapula) rasa seolah-olah terkeluar. Justeru, sembuh sahaja daripada Covid-19 saya segera merujuk doktor perubatan sukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, Selangor.

Selepas menjalani pemeriksaan X-ray saya disahkan mengalami otot mengecut.

Artikel berkaitan: ‘Ini Semuanya Kesan Covid…” – Ashraf Muslim Dedah Alami Kesan Jangka Panjang Akibat Covid-19

Doktor merawat ada bertanyakan sama ada pernah berlaku hentakan sehingga menyebabkan ia saki, tetapi saya memang tidak pernah berdepan situasi sedemikian.

Iklan

ashraf muslimSehubungan itu, doktor menerangkan kebarangkalian masalah otot tersebut berpunca daripada dua faktor.

Pertama kesan hentakan kuat atau kedua disebabkan Covid-19. Jadi memang jelas ia disebabkan virus itu yang telah masuk ke dalam darah lalu mengecutkan otot.

Oleh itu, saya menjalani beberapa rawatan termasuk mendapatkan suntikan.

Selepas enam bulan kesakitan serupa berulang, namun kali ini bukan pada tulang belikat, sebaliknya bahu pula. Sekali lagi saya menjalani rawatan bagi membetulkan ligamen.

Terkini dimaklumkan selepas pulih daripada wabak bekas pesakit akan berdepan pula dengan Long Covid atau dikenali Sindrom Post Covid. Adakah Ashraf sedar mengenai situasi Long Covid?
Tidak. Rasanya bukan saya sahaja, malah sebahagian besar bekas pesakit juga tidak mengetahui tentang Long Covid ini.

Lagipun selepas setahun baru saya merasai kesan akibat dijangkiti Covid-19.

Iklan

ashraf muslimJika diperhatikan Ashraf antara individu aktif bersukan bermain bola keranjang dan ragbi. Adakah keadaan fizikal kini membataskan pergerakan?
Pada satu tempoh apabila aktiviti sukan dibenarkan saya kembali bersukan bermain bola keranjang, tetapi tenaga hari ini sudah berbeza.

Tangan tak kuat. Kadangkala balingan bola pun terlepas sasaran. Sebab itu, saya perlu menjalani rutin fisioterapi dan ia mengambil masa.

Artikel berkaitanAshraf Muslim Kini Bebas Covid-19

Perasaan Ashraf selepas dijangkiti Covid-19?
Tidak dapat dinafikan perasaan trauma membelenggu diri kerana bimbang agaknya selepas ini bahagian mana pula akan mengalami kesakitan.