'Cepatlah berakhir supaya mereka boleh ke sekolah seperti biasa'- Awal Ashaari

A
A
A

BERIKUTAN kes jangkitan virus Covid-19 yang mencatatkan trend peningkatan hari demi hari telah mendorong pihak kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa buah negeri.

Berikutan pelaksanaan tersebut Kementerian Pendidikan (KPM) turut memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan pandemik hari ini.

Dalam satu kenyataan, KPM memaklumkan telah melakukan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memutuskan beberapa perkara berkaitan operasi institusi pendidikan yang berada di bawah KPM.

Justeru, semua murid sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021.

Pun demikian, tidak menafikan sesi pembelajaran PdPR yang dilakukan secara dalam talian (online) mempunyai pro dan kontra, tambahan pula dalam norma baharu laptop umpama menggantikan kelas fizikal.

BAHAGIA. Awal bersama isteri tercinta, Scha Alyahya dan anak sulung mereka, Lara Alana.

Situasi tersebut turut mendapat respon pengacara popular, Awal Ashaari yang mana anak perempuannya, Lara Alana tidak terkecuali menghadiri kelas online.

"Sedih sangat melihat budak sekarang terpaksa berdepan dengan kelas online.

"Lihatlah keadaan mereka setiap hari yang berusaha menyesuaikan diri belajar secara maya," luah suami kepada pelakon dan pengacara, Scha Alyahya dalam laman sosial Instagramnya @awalashaari baru-baru ini.

awal scha laraAWAL berkongsi gelagat Lara Alana yang belajar secara online menerusi laman sosial Instagramnya @awalashaari baru-baru ini.

Pengacara Melodi tersebut turut menzahirkan kebimbangan sejauh mana kumpulan murid menyerap ilmu yang diajar oleh para guru.

"Rasanya, dalam 100 peratus yang cikgu ajar, berapa peratus yang masuk dalam kepala? apatah lagi dengan gangguan di rumah dan ragam dalam kalangan rakan kelas.

"Ada yang terlentang, ada meniarap, ada melompat, ada yang menyanyi dan ada yang buat stunt.

"Secara jelas cikgu susah untuk mengawal kerana kanak-kanak ini tidak berada di dalam kelas sebenar. Pastinya situasi ini juga memberikan cabaran kepada guru," jelasnya lanjut.

awal scha laraAWAL berharap pandemik di negara ini segera berakhir semoga para pelajar dapat hadir ke sekolah meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa.

Dalam itu, Awal berdoa semoga pandemik tersebut segera berakhir dengan segera supaya golongan murid berpeluang hadir ke sekolah seperti biasa.

Direkodkan, Awal mendirikan rumah tangga bersama Scha pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lara Alana Ahmad Awaluddin.

Artikel berkaitanScha Tak Kisah Soal Jantina Anak, Tetap Ligat Walau Hamil

Kini Scha yang merupakan Juara Dewi Remaja 2005/06 sedang sarat mengandung anak kedua

schaPENAMPILAN Scha Alyahya kekal stailo dan elegan meskipun sarat hamil cahaya mata kedua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca