Ayda Jebat, Nabil timang anak perempuan

AYDA JEBAT & NABIL MAHIR
AYDA JEBAT & NABIL MAHIR
A
A
A

PELAKON dan penyanyi Ayda Jebat kini bergelar ibu apabila selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.77 kilogram di sebuah pusat perubatan di ibu kota, sekitar jam 7.07 petang Selasa.

Difahamkan Ayda yang juga isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu bersalin menerusi kaedah pembedahan dan kini dalam keadaan stabil.

Nabil menerusi laporan sebuah portal hiburan mengesahkan berita tersebut dan meluahkan rasa syukur apabila proses kelahiran cahaya mata pertamanya itu berjalan lancar.

Sebelum itu, Ayda menerusi perkongsian di laman Instagramnya pada hari sama memaklumkan bakal melahirkan bayinya seminggu lebih awal daripada tarikh yang dirancang.

“Assalamualaikum semua. Insya-ALLAH baby wuvv akan keluar petang ni. Seminggu awal daripada tarikh yang dirancang.

“Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya dan baby sihat dan selamat. Amin,” tulisnya.

Ayda dan Nabil berkahwin pada 1 Januari lalu selepas bertunang secara atas talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca