PENYANYI Ayda Jebat bakal melahirkan anak keduanya pada bulan Disember nanti. Isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu mendedahkan akan memilih untuk bersalin menerusi pembedahan Caesarean atau czer.

Dijangka bersalin pada Disember depan, Ayda, 31, memaklumkan perkara tersebut turut dipersetujui suami.

Menurutnya, keputusan tersebut kerana sudah melalui pengalaman serupa yang disifatkan cukup indah.

Baca juga: Ayda Jebat mengandung anak kedua 5 bulan, Ana Nayla bakal jadi kakak

“Saya masih memilih untuk bersalin secara pembedahan kerana menerusi pengalaman yang pertama dulu, saya memang dapat suatu momen yang membahagiakan.

“Ada yang cakap sejurus bersalin czer, kita akan rasa sakit dan sukar untuk jaga. Bagi saya, ia tidak betul  berdasarkan pengalaman sendiri.

“Mungkin bagi lain orang berbeza kesannya. Masing-masing boleh memberikan pendapat. Alhamdulillah pengalaman dan momen (bersalin) dipermudahkan-NYA.

“Malah selepas bersalinanak pertama, ada kawan Nabil bertanya pendapat dan kami hanya berkongsi apa yang dirasakan baik,” katanya kepada portal hiburan.

Baca juga: ‘Normal atau czer, tujuannya sama…’ – Dikritik pilih bersalin secara pembedahan, Ayda Jebat tak melatah

Baharu menyambut ulang tahun kelahiran anak kedua anak pertamanya, Ana Nayla, penyanyi lagu Pencuri hati memaklumkan bakal bersalin anak lelaki pada penghujung tahun ini.

Difahamkan tarikh tersebut perlu dipercepatkan daripada tarikh jangkaan asal.

Iklan

“Kami sudah pun memilih tarikh untuk bersalin. Sepatutnya bayi dijangka lahir pada 1 Januari tahun depan ketika ulang tahun perkahwinan kami. Namun kami perlu memilih tarikh lain memandangkan saya akan dibedah.

“Jadi insya-ALLAH saya akan bersalin pada bulan Disember. Mudah-mudahan prosesnya akan berjalan dengan lancar,” katanya lagi.

Ayda mendedahkan kepada umum tentang kehamilannya pada Julai lalu ketika kandungan berusia lima bulan.

Sekadar info, Ayda dan Nabil diijab kabul pada 1 Januari 2021 di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Iklan

Baca juga: Bersalin secara pembedahan tak boleh lebih 3 kali, ini risiko wanita perlu tahu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!