PELAKON, Syafie Naswip atau nama sebenarnya, Muhammad Syafie Naswip selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihan hati, Nor Afiqah Ishak di Putrajaya pada pagi Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dan disaksikan penolong Pendaftar Perkahwinan Daerah Sepang dengan sekali lafaz.

Kedua-dua mempelai kelihatan anggun mengenakan busana sedondon berwarna putih.

Baca juga: Syafie Naswip cari ketenangan di Kebun Bujang Nilai

Baca juga: Syafie Naswip belum puas berkarya, kerjaya keluarga jadi keutamaan

Baca juga: Suami isteri wajib tahu dalam sebulan ada 3 tarikh makruh bersetubuh

Dalam majlis pernikahan yang turut bersiaran langsung menerusi Instagram selebriti tersebut, Syafie menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada pengantin perempuan.

Pada Jumaat, pelakon Mukhsin itu menerusi hantaran di media sosial yang sama, memaklumkan akan berkongsikan berita namun tidak diberitahu secara terperinci.

Menerusi ruangan komen yang ditonton lebih 1,500 pengikutnya di Instagram, rata-rata peminat mengucapkan tahniah atas pernikahannya.

“Ayieee tahniah!,” kata Miszznaanaa.

Iklan

“Alhamdulillah tahniah Syafie Naswip,” kata Azrul_azl.

“Berseri-seri pengantin, I’m so happy for both of you,” kata tinker.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Iklan

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!