‘Cantiknya wet kitchen ala tepi taman.’ Ruang Dapur Memey Suhaiza curi perhatian. Kemas & kreatif!

DAPUR ibarat ‘jantung’ bagi sesebuah rumah.

Masakan tidak, ruangan inilah yang menjadi saksi akan kecintaan seseorang isteri atau ibu dalam menyediakan hidangan buat seisi keluarga.

Dengan adanya dapur yang selesa, cantik dan tersusun membuatkan mood untuk memasak semakin bertambah.

Ditambah pula jika anak-anak dan suami jenis yang sentiasa menagih air tangan ibu atau isteri.

Baca ni Wanita ini kongsi DIY pencuci homemade guna tiga bahan jer. Siap bantu tanggalkan kesan karat!

Bagi yang mengenali pelakon dan juga usahawan, Memey Suhaiza pasti sudah mengetahui, ibu kepada tiga cahaya mata itu juga sangat minat dan rajin berkongsi menu masakan.

Ada sahaja menu yang disediakan meraih perhatian ramai. Selain kelihatan sedap dan menyelerakan, pengusaha tudung Normey itu juga rajin menyediakan menu sihat.

Lebih-lebih buat suaminya, Norman Hakim yang juga pelakon yang sangat menitikberatkan pemakanan sihat.

Terbaharu, beliau memuat naik sepotong video yang memaparkan ruang kediaman miliknya. Malah, beliau turut menunjukkan ruang dapur basah miliknya.

Baca ni Sheila Rusly tayang ruang dapur bikin ramai kagum. Kemas & cantik macam showroom!

KONSEP ALA TAMAN

Cukup ringkas namun sedap mata memandang. Berkonsepkan ala-ala tepi taman, ruang dapur yang terletak di luar kediaman kelihatan menarik dengan keindahan ala taman memang akan membuatkan mood memasak pun berkobar-kobar, kan!

Sambil menyediakan hidangan buat keluarga, hati pun rasa tenang dan selesa, sambil memandang kehijauan pokok-pokok yang menjadi pilihan Memey.

Rata-rata warga maya memuji kerajinan dan kreativiti yang ada pada pemilik nama sebenar Suhaiza Suhaimi itu.

Baca ni Tak sangka mop guna pencuci pinggan je, hasilnya lantai & licin berkilat. Debu-debu pasir pun hilang!

Iklan

Baca lagi DIY pewangi semburan untuk hilangkan bau kepam dalam rumah & hilangkan habuk kipas. Mudah, jimat & tahan lama!

Berikut SinarPlus kongsikan beberapa komen yang dilayangkan dalam media sosial miliknya:

‘Cantiknya wet kitchen Memey Suhaiza tepi taman. Sejuk mata.’

‘Rajin sungguh mummy ni. Sentiasa tersenyum manis.’

‘Cantik rumah Memey ni. Deko pun nampak mewah dan kemas.’

‘Untung Norman dapat isteri rajin masak macam Memey.’

Iklan

‘Suka tengok dapur masak tu. Open air, keatif betul cara Memey hidangkan juadah, nampak menarik dan menyelerakan.’

Sumber: Instagram memeysuhaiza

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi