IBU Allahyarham Bad iaitu Sharizan Abdul Ghani menyifatkan anaknya itu seorang yang baik dan soleh, serta menjaganya dengan baik semenjak kematian suami.

Mengakui masih terkejut dengan pemergian anaknya itu, Sharizan berkata, dia sempat menghubungi Allahyarham kurang sejam sebelum Bad menghembuskan nafas terakhir.

Baca juga: Bad Indigo meninggal dunia di tempat kerja di Ampang. Rakan selebriti, bekas isteri terkejut

“Saya memang setiap hari telefon dia, tanya dia dah makan ke, balik pukul berapa. Malah pukul 6 lebih saya ada telefon dia dan dia maklumkan akan pulang lewat serta tidak perlu sediakan makan malam.

“Tidak lama kemudian saya dapat tahu dia sudah tiada dan ia (pemergian Bad) sangat mengejutkan.

“Dia anak yang baik, soleh dan menjaga saya dengan baik. Mana saya nak pergi dia akan bawa. Saya memang terasa kehilangan dia, rindu dia,” ujarnya yang kelihatan masih lemah dan terkejut.

Baca juga: ‘Sentiasa ingat ALLAH ada dengan kita,’ pesanan Allahyarham Bad Indigo 3 hari lalu runtun hati ramai

Iklan

Bad atau atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah menghembuskan nafas terakhir di tempat kerjanya di Ampang kira-kira jam 7 malam, pada Khamis akibat serangan jantung.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira jam 2.50 petang pada Jumaat di Tanah Perkuburan Kota Damansara.

Sumber: Sinar Harian (Wartawan: Aqmar Mustaza)

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!