PENGACARA dan ahli perniagaan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor (Neelofa) rasa terpanggil untuk membantu meringankan beban golongan terjejas dalam fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0).

Tanggungjawab sosial itu dilaksanakan susulan pihaknya menerima banyak permohonan bantuan mereka yang terkesan dek pandemik Covid-19.

Justeru, melalui badan amal Pertubuhan Kasih Neelofa, bekas Dewi Remaja 2009/2010 itu akan mengenal pasti penerima bantuan yang bakal disalurkan kelak.

Baca juga Inspirasi usaha Neelofa, agensi hulur bantuan kelengkapan hospital

“Sebelum ini kami hulurkan bantuan kepada komuniti dan rumah perlindungan.

“Tetapi, memandangkan keadaan semakin teruk Pertubuhan Kasih Neelofa akan mengenal pasti penerima bantuan. Kami menerima terlalu banyak permohonan,” tulisnya di Instagram Story baru-baru ini.

 

Difahamkan, sebanyak 70 keluarga akan diberikan bantuan dalam bentuk barangan makanan dan wang tunai pada minggu ini.

“Insya-ALLAH minggu ini kami akan sampaikan kepada 70 keluarga yang betul-betul memerlukan dan sangat terjejas.

“Kami akan hulurkan bantuan barang makanan dan wang tunai,” kongsinya lanjut.

Iklan

 

Baca juga Bantu barisan hadapan, Neelofa sumbang katil pada hospital

 

Iklan

Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah, PU Riz tersebut turut menyeru individu yang ingin sama-sama menyumbang boleh berbuat demikian menerusi akaun Pertubuhan Kasih Neelofa.

Terdahulu, Neelofa telah menyumbangkan kelengkapan hospital seperti katil kepada pihak Hospital Melaka, Melaka.

Sumbangan bernilai hampir RM100,000 tersebut merupakan pemberian pertama yang diusahakan Neelofa sendiri selepas melihat situasi kekurangan katil di hospital-hospital utama berikutan peningkatan jumlah kes jangkitan Covid-19.