Bakal timang anak ketiga, Fizo bersyukur rezeki semakin murah
BAKAL menyambut cahaya mata ketiga yang dijangka lahir pada hujung Mei depan, pelakon Fizo Omar dan isteri, Fazeera Nazri Azrai mengakui teruja dan bersyukur dengan zuriat yang dikurniakan.
Menyifatkan anak-anak sebagai rezeki dan sumber kebahagiaannya bersama isteri, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar mengharapkan agar kehadiran cahaya mata ketiganya itu akan lebih menyerikan lagi kehidupan mereka sekeluarga.
“Isteri saya disahkan mengandung anak kedua (perkahwinan bersama Fazeera) ini, di saat Wan Khaleeda baru berusia tiga bulan. Kami terima dengan lapang dada dan anggap ia sebagai rezeki.
“Pada awalnya saya sebagai suami dan bapa sejujurnya terkejut dengan berita kehamilan ini di saat anak sulung kami masih kecil dan memerlukan perhatian.
“Namun tetap bersyukur kerana Allah memberi amanah kepada saya untuk menjaga seorang lagi puteri. Insya-ALLAH saya dan isteri akan menimang cahaya mata perempuan pada hujung Mei ini, Kehadirannya nanti akan melengkapi hidup kami sekeluarga,” ujarnya.
Fizo berkata demikian selepas mengumumkan jantina anak ketiganya itu secara eksklusif di majlis Mamz Crazy Rich Night di Hotel Zenith baru-baru ini.
Dalam pada itu, rezeki berganda buat pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa itu apabila dirinya turut diumumkan sebagai duta produk kesihatan kanak-kanak berasaskan habbatus sauda, Mamz.
40 Billboard
Menyifatkan pelantikan tersebut sebagai rezeki anak-anak termasuk bayi dalam kandungan isterinya yang kini berusia lapan bulan, Fizo, 38, juga gembira dapat mengamalkan gaya hidup sihat menerusi pengambilan produk terbabit.
“Pada awalnya saya ragu-ragu mahu menerimanya. Takut juga nak terima tawaran produk kesihatan seumpama ini. Jika tidak berkesan nanti orang akan salahkan kita pula.
“Bagaimanapun apabila saya bercerita kepada kakak tentang produk ini dan tawaran bergelar dutanya, barulah saya tahu kakak rupa-rupanya sudah lama menggunakannya, malah sejak anak pertama lagi.
“Sejak itu, saya sendiri menggunakan produk ini untuk Wan Khaleeda, di mana saya akan sapu krim produk berkenaan ke atas badan Wan Khaleeda selepas mandi dan sebelum tidur. Hasilnya anak tidur lebih lena dan susah terkena kembung. Bau pun segar, rasa nak cium sepanjang hari.” katanya.
Sementara itu, pengasasnya yang juga pasangan suami isteri, Ahmad Zulkifli Saad dan Mahirah Mohd Fazil, berkata, pemilihan Fizo dan ahli keluarganya dilihat bertepatan dengan jenama produk keluaran mereka.
“Fizo dan isterinya sendiri dilihat begitu tebal dengan sifat keibubapaan. Mereka seperti ibu bapa lain mengutamakan kesihatan dan keselamatan anak sekali gus menyemai kasih sayang bersama.
“Kami optimis pemilihan mereka dapat mencanakkan lagi keberadaan jenama ini. Malah, tahun ini kami juga melancarkan lebih 40 billboard yang terpampang wajah Fizo, isteri dan anak mereka sepanjang lebuh raya PLUS dan Federal Highway,” katanya.
Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan anak perempuan bernama Wan Khaleeda. Fizo juga mempunyai seorang anak perempuan, Wan Maryam menerusi perkahwinan pertamanya bersama Mawar Karim.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang