RYAN Bakery nama yang tidak asing lagidi laman sosial. Terkenal dengan video parodi pendek yang mengimbas kembali kenangan indah zaman kanak-kanak pada era 1990-an, aksinya buat ramai tak kering gusi.

Selebriti TikTok yang baharu dinobatkan sebagai Popular Content Creator Of The Year menerusi acara berprestij TikTok Awards Malaysia 2023 mengumumkan bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Pempengaruh berusia 28 tahun itu berkata kepada portal media tempatan bahawa sterinya, Elyia Ibrahim kini sedang hamil lima bulan.

Baca juga: Andi Bernadee, Ryan Bakery kongsi rezeki raya

Biarpun masih tidak mengetahui jantinya bayi, Ryan sudah membuat persiapan menyediakan nama yang indah buat anak sulung yang bakal lahir.

“Isteri saya kini sedang hamil lima bulan. Tanpa saya sedar, saya bakal bergelar seorang ayah. Saya minta doa yang baik-baik daripada semua orang.

“Jika anak lelaki saya cadang nak letak nama Ryan Ezra dan jika anak perempuan Raysha Ezra, insya-ALLAH,” kongsinya.

Baca juga: TikTok Awards People’s Choice senaraikan finalis bertuah, berikut 42 content creator hebat terpilih

Memasuki trimester kedua kehamilan, Ryan atau nama penuhnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery turut mendedahkan isterinya mengalami alahan yang teruk.

Selain itu, ujarnya Elyia juga kerap mengidam air teh hijau.

“Isteri saya mengalami alahan teruk, dia muntah-muntah. Awalnya saya tidak tahu dia hamil sehingga dia menunjukkan kit ujian kehamilan.

“Saya ingat dia kena Covid-19, rupanya bukan. Apabila tahu isteri hamil, saya terus menangis. Jantina belum tahu lagi.

Baca juga: Jatuh bangun Khairul Aming sebelum dinobat TikTok Creator Of The Year, graduan kejuruteraan miliki 2 kilang sambal

Iklan

“Ada juga dia mengidam yang pelik-pelik, contohnya nak minum air teh hijau.

“Kampung saya di Temerloh itu jauh ke kawasan dalam. Kalau hendak keluar ke pekan, jauh. Kalau saya mengadu penat, risau dia akan menangis. Saya start kereta pergi beli juga,” ujarnya.

Ryan dan Elyia berkahwin pada 1 Oktober 2022 selepas lima bulan mengikat tali pertunangan.

Iklan

Baca juga: Khababe Lame, TikTokers terkenal hanya menggunakan mimik muka

Sumber: Oh Bulan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!