PENYANYI Nourul Depp yang kini menetap­ di Bali, Indonesia berkongsi keadaan terkini susulan pihak berkuasa mengenakan perintah darurat selama dua minggu akibat kemarau dan kebakaran yang melanda pulau peranginan itu.

Jelas Nourul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 46, ramai yang bertanya keadaan dirinya serta keluarga dan berharap perkongsian yang dibuat akan mengurangkan kebimbangan buat rakan dan keluarga di Malaysia.

“Ramai yang tanya Nourul okey ke dekat Bali? Dengar kata darurat, ada kecemasan. Saya jawab di sini,sebenarnya kehidupan berjalan seperti biasa.

“Ya memang ada kebakaran, ya tengah kemarau tapi sekarang sudah nampak mendung sedikit. Sepatutnya sudah masuk musim hujan tetapi di sini masih panas dan kering. Mudah-mudahan akan hujan dan musim tengkujuh akan sampai tidak lama lagi.

“Buat semua teman media dan kawan-kawan yang bertanya kehidupan di Bali berjalan seperti biasa. Terima kasih kerana memikirkan kami dan terima kasih ambil berat, ambil perhatian keadaan kami di sini.

“Alhamdulillah, Bali normal,” ujar Nourul dalam sebuah video yang dimuat naik dalam akaun Instagram.

Baca juga Pindah Bali, Nourul Depp, keluarga kini kuarantin di Jakarta, anak sulung tak ikut serta

nourul wahab
Foto: Instagram @nouruldepp

Dalam video itu, Nourul menunjukkan situasi kesibukan jalan raya yang berjalan seperti kebiasaan dan sempat berhenti di tepi jalan bagi menjawab soalan orang ramai.

Nourul berkahwin dengan Eric Daniel Depp pada 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary, 10, Raphael, 8, dan Isabella berusia empat tahun.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kerana Terluka itu kini menetap di Bali sejak 2021 bagi memberi pendidikan terbaik buat anak-anaknya.

Terdahulu, pengisytiharan darurat di pulau Bali mencetuskan kebimbangan ramai terutama mereka yang telah merancang percutian ke pulau tersebut.

Iklan

Baca juga Keluarga Ardini Angeline Tan terbuka anak peluk Islam, terima Sabri Yunus. ‘Hari pertama jumpa dah bawa balik jantung pisang’

Arahan tersebut dikeluarkan pada Khamis lalu dan membabitkan semua daerah dan bandar di seluruh wilayah itu termasuk Denpasar, Badung, Bangli, Buleleng, Gianyar, Jembrana, Karangasem, Klungkung dan Tabanan.

Darurat berkuat kuasa sehingga 1 November ini dan boleh dilanjutkan atau dipendekkan mengikut keperluan.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!