Bapa pelakon Norman Hakim meninggal dunia malam tadi di Kuantan, mohon doa orang ramai

A
A
A

SELEBRITI popular Norman Hakim menerima perkhabaran sedih pagi tadi apabila bapa tersayang menghembuskan nafas terakhir malam tadi.

Allahyarham Zaidon Abdul Rahim disahkan meninggal dunia pada jam 8.30 malam di kediaman beliau di Kuantan, Pahang.

Dalam muat naik entri di akaun Instagramnya, Norman berkata:

"Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya, Haji Zaidon bin Haji Abdul Rahim telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 6 Oktober 2023 bersamaan 20 Rabiulawal 1445H jam 8.30 malam di kediaman beliau di Kuantan."

norman hakim

Punca pemergiannya bagaimanapun tidak dinyatakan.

 

Namun, suami kepada pelakon Memey Suhaiza memohon orang ramai mendoakan orang ramai agar sama-sama mendoakan roh bapanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Baca juga Berjasa sambut 6 orang anak, Norman Hakim zahirkan berita duka kehilangan doktor kesayangan

norman hakim

"Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa ayah, merahmati dan memuliakan kematiannya, melapangkan kuburnya dan ditempatkan ayah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh," tulisnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca