Baru dua bulan bersalin, netizen kagum Elisya Sandha sorong anak sambil jogging, aktif bersenam

A
A
A

BARU bersalin kira-kira dua bulan lalu, pelakon popular Elisya Sandha berkongsi melakukan senaman bersama bayinya, Bunga El-Haq.

Menantu kepada pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly itu berkongsi paparan video di laman sosial TikTok yang menunjukkan beliau berlari sambil menolak kereta sorong anaknya di sekitar kawasan perumahan di samping melakukan senaman di sisi Bunga yang sedang tidur.

Melahirkan cahaya mata sulung pada 19 Jun lalu, aktres berusia 23 tahun itu kelihatan cergas melakukan senaman menarik perhatian warga maya.

ELISYA SANDHA Keluarga kecil Elisya.

-“Laratnya jogging, rasanya baru dua bulan lepas bersalin . Tapi jog beberapa langkah sahaja agaknya. Saya pun sudah tiga bulan kaki lembik macam hendak terjatuh, tak kuat.”

-“Alahai Bunga bagusnya. Mama jogging Bunga tidur. Geram tengok Bunga, macam anak patung.”

-“Baru dua bulan lebih sudah jogging. Saya baby sembilan bulan masih syok ternak lemak lagi.”

Apakah garis panduan untuk senaman wanita selepas bersalin?

American College of Obstetricians and Gynecologists mengesyorkan agar para ibu selepas bersalin menyasarkan masa sekitar 20 hingga 30 minit untuk bersenam setiap hari.

Anda boleh bermula dari aktiviti berimpak rendah, seperti berjalan kaki. Apabila sudah mendapatkan semula kekuatan, anda boleh menambah tempoh masa berjalan atau bilangan berjalan anda dan mula bekerja dalam aktiviti aerobik yang lain.

Puasa qada

Lakukan secara perlahan-lahan enam minggu pertama selepas bersalin dan kekal pada intensiti senaman yang santai. Tahap pernafasan ketika itu perlu sederhana di mana anda boleh mengekalkan perbualan tetapi tidak menyanyikan .

Cuba lakukan rutin berjalan kaki sebanyak tiga hingga lima kali seminggu selama 30 minit sebelum bertukar kepada senaman lain.

Senaman selepas bersalin boleh membantu para wanita mengurangkan sakit belakang. Pun begitu, senaman yang keterlaluan boleh menyebabkan masalah. Jika ia berlaku, dapatkan rawatan segera

-Darah nifas keluar dengan banyak dan berwarna merah terang.

-Pendarahan tercetus semula selepas lama berhenti.

-Rasa sakit pada otot khususnya kawasan yang terlibat dalam proses kelahiran.

Sumber: TikTok Elisya Sandha, Baby Center

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca