BEKAS pengacara dan pelakon, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot baharu sahaja menerima menantu apabila permata hati sulungnya, Amna Nafeesa mendirikan rumah tangga September lalu.

Wardina, 44, yang kini menetap di Brisbane, Australia tidak lupa meraikan anak dan menantu bersama keluarga serta kenalan di Malaysia.

Pelakon sitkom Spanar Jaya dan pengacara Al-Hidayah itu menzahirkan rasa terharu apabila majlis resepsi yang diadakan di yang diadakan di sebuah restoran di Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur berlangsung meriah dan berjaya mengumpul saudara-mara dan rakan lama.

Baca juga: Wardina Safiyyah syukur terima menantu, anak sulung Amna Nafeesa kini bergelar isteri

Wardina dalam masa yang sama menitip penghargaan buat semua yang terlibat menjayakan majlis berkenaan.

“Masya-ALLAH Tabarakallah Terima kasih kepada semua keluarga dan rakan-rakan tersayang semoga ALLAH membalas doa dan bantuan anda.

“Kami amat menghargai bantuan kalian dan tidak dapat melakukan tanpanya. Seronok berkongsi hari istimewa ini dengan insan-insan yang telah lama tidak ditemui  bertahun-tahun.

Ibarat sebuah reunion, psikologis bertauliah itu mengakui terharu menyambut ketibaan para jemputan yang sudah lama tidak berpeluang bersua.

Baca juga: Hamil, bersalin, berjaya raih 2 ijazah, anak menantu Ustazah Norhafizah Musa buktikan berkeluarga bukan halangan

Baca juga: ‘Hari ini bertambah lagi, total 10 anak.’ Rebecca Nur Al-Islam bakal terima menantu pertama, anak tiri selamat bertunang

“Saya memohon maaf atas segala kekurangan dan sekiranya tidak berkesempatan bercakap dengan semua orang kerana saya sangat terharu pada hari itu.

“Keluarga dari Aceh dan Brisbane terbang ke sini. Kawan dari negeri berbeza pun datang, Subhanallah.

“Abang saya yang terbang dari Amerika Syarikat untuk menyertai kami. Semoga ALLAH mencucuri rahmat dan melindungi pengantin baru. Segala yang baik adalah daripada ALLAH,” titipnya.

Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, anak Perdana Menteri dan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan hos popular, Fedtri Yahya.

Penampilan Amna Nafeesa menjadi perhatian warga maya kerana salin tidak tumpah seperti ibunya yang berdarah kacukan Australia dan Melayu itu.

Iklan

Beliau dan dan suaminya, Yusuf Gullèr memakai sepersalinan songket rona kehijauan menyerlahkan keanggunan.

– “Masya-ALLAH she is so beautiful like the mama. Congratulations!”

– “Wah sudah terima menantu but Wardina masih cantik, masya-ALLAH pengantin pun cantik dan kacak. Sepadan.”

– “Menantu? Aduh, betapa cepatnya masa berlalu. Tahniah Kak Wardina.”

– “Rasa macam baru lihat Wadrina kahwin dan timang Amna, kini sudah menikah. Alhamdulillah, cepat betul masa berlalu. Moga ALLAH memberkati keluarga ini.”

Baca juga: Inspirasi! Ibu mentua masak sahur & berbuka untuk anak menantu walau beza agama, perkongsian doktor wanita ini buat ramai tersentuh

Iklan

Baca juga: Tanggungjawab menantu terhadap mentua, ini yang wanita perlu tahu

Wardina pernah menjadi pernah menjadi inspirasi wanita berhijab. Berkahwin dengan arkitek, Ikhwan Johari pada September 2002, pelakon yang memegang watak Misha dalam Spanar Jaya itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi.

Selain memiliki kelulusan dalam bidang psikologi, bekas peserta Dewi Remaja 1997/98 ini juga menggenggam ijazah dalam bidang hiasan dalaman daripada Centre for Advance Design (CENFAD) Kuala Lumpur.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!