Bekas bintang K-Pop, Seungri dipenjara kerana skandal seks dan perjudian
BEKAS anggota kumpulan BigBang, Seungri dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas kesalahan mengatur pelacuran dan perjudian di sebuah kelab malam di Gangnam.
Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung-Hyun, 31, dijatuhkan hukuman itu oleh mahkamah tentera pada Khamis.
Dia disabitkan kerana mengatur perkhidmatan seks untuk bakal pelabur dalam perniagaannya, serta perjudian di kasino mewah di Las Vegas yang melibatkan transaksi pertukaran wang asing secara haram.
Hakim, Hwang Min-Je turut turut memerintahkan penyanyi itu membayar denda sebanyak RM4.23 juta.
“Sukar untuk mempercayai dia tidak mengetahui tentang transaksi kewangan untuk tujuan pelacuran.
“Nampaknya dia melakukan pelacuran secara sistematik. Jenayah yang mengkomersialkan seks melanggar norma budaya dan mendatangkan bahaya besar kepada negara,” katanya.
Sebelum ini, Seungri dituduh menawarkan perkhidmatan seksual kepada para pelabur dari luar negara di sebuah kelab malam di Gangnam pada 2015.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang