Benjy meninggal dunia di Medan

Benjy Meninggal Dunia
Benjy Meninggal Dunia
A
A
A

PELAKON Benjy meninggal dunia di Hospital Medan, Indonesia, sekitar jam 11 pagi pada Ahad.

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryl Benjamin Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 43 tahun akibat penyakit asma.

Perkhabaran duka itu disahkan Setiausaha Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah yang kini dalam usaha untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada konsulat Malaysia di sana.

“Untuk makluman awal, Benjy sah meninggal dunia di Rumah Sakit Royal Prima, jam 11 pagi.

“Setakat ini pihak Seniman sedang berhubung rapat dengan Konsulat General Malaysia di Medan Indonesia, Pihak Penjara dan keluarga Benjy,” ujarnya.

Bapa Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi, sebagaimana dilaporkan Awani berkata, jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Medan.

Benjy yang juga merupakan anak kepada seniwati Allahyarham Azean Irdawaty ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Deli Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais Indonesia sejurus tiba dari Kuala Lumpur pada April 2017 setelah disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 4.5 gram.

Pelakon yang pernah memenangi Anugerah Pelakon Lelaki terbaik di Anugerah Skrin TV3 (1996) itu dijatuhi hukuman penjara 11 tahun tiga bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan, Indonesia pada Oktober 2017.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca