Pelakon era 90-an Ridani Ghani meninggal dunia akibat kanser ovari

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Ridani Ghani kembali ke rahmatullah selepas bertarung melawan kanser ovari.

Memetik portal berita tempatan, pelakon era 1990-an itu menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira 7 pagi ketika sedang menerima rawatan di Hospital Selayang.

Sahabat baiknya, Yaya Maembong berkongsi luahan pilu selepas pemergian Ridani.

"Al-Fatihah buat sahabat kami, Ridani Ghani yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Jun 2026.

"Pergimu meninggalkan seribu kenangan yang akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Semoga ALLAH SWT mengampunkan segala dosa arwah, melapangkan kuburnya, menerima segala amal kebaikannya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-NYA yang beriman.

"Salam takziah buat seluruh keluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini," kongsinya.

No Image Caption

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Bukit Damansara untuk diuruskan sebelum dikebumikan.

Allahyarham yang disahkan menghidap penyakit tersebut pada Oktober pada tahun lalu terdahulu ditidurkan pada Ahad namun, kembali sedar kira-kira empat jam kemudian.

Artikel Berkaitan:

Sekadar info,  Ridani yang mempunyai seorang saudara kembar dikenali sebagai Ridana.

Allahyarham sebelum ini memperlahankan kerjaya seni selepas mendirikan rumah tangga pada awal 2006.

Antara drama yang pernah dibintanginya termasuk termasuk Romeo dan Juliet, Kilauan dan siri drama Spektra.

Sumber: Berita Harian

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang