‘Berbuat baik lah pada ibu, ibu dan ibu…’– Ummi Nazeera kongsi pengalaman hamil anak kedua

Untitled design (13)
Untitled design (13)
A
A
A

UMUM sedia mengetahui bahawa pelakon Ummi Nazeera telah pun selamat melahirkan anak keduanya yang juga bayi perempuan pada 2 Jun lalu.

Berkongsi pengalaman kehamilan kali ini, Ummi atau nama penuhnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 31, berkata, dia mengalami masalah uri di bawah sama seperti ketika mengandungkan anak sulungnya, Ayra Aneesah, tiga tahun lalu.

“Berbuat baik lah pada ibu, ibu dan ibu.. Kemudian bapamu. Bersalin bukan mudah dan perjalanan itu tidak terhenti sebaik anda melahirkan.

"Syukur Alhamdulillah untuk segalanya. Saya berterima kasih kepada doktor saya, Miss Dalia yang sungguh positif sepanjang tempoh kehamilan saya.

“Sebenarnya ketika kandungan saya berusia empat bulan, saya mengalami pendarahan. Kes sama seperti Ayra, masalah uri di bawah rahim.

"Cuma terlalu awal untuk dikatakan begitu pada awalnya sebab saya ketika saya mengandungkan Ayra, masalah itu dialami ketika kandungan berusia enam bulan, adinya awal pula,” kongsinya menerusi akaun Instagram miliknya.

Ummi mengumumkan berita gembira mengenai anak keduanya menerusi akaun Instagram pada Sabtu.

Tambah Ummi, dia juga mempratikkan untuk membaca beberapa surah seperti surah Maryam, Al Khaf, Yusuf dan Luqman setiap minggu.

“Dengan kuasa ALLAH dan nasihat doktor, saya berehat dan mengambil cuti berlakon. Alhamdulillah uri naik semula dan saya diberi peluang merasa untuk bersalin normal,  baby lahir cukup bulan 38 minggu 4 hari.

“Masa dengan Ayra , dia dilahirkan pada minggu ke-34 kerana pendarahan saya yang terlalu banyak. Sebab itu kali ni saya bersungguh berehat masa mengandung.

“Terima kasih atas doa indah daripada semua. Insya-ALLAH pada ketujuh saya akan kongsikan nama anak,” ujarnya yang turut berterima kasih kepada suaminya.

Ummi dan suami, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani berkahwin pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah pada 22 Ogos 2018.

ARTIKEL BERKAITAN : Demam Semasa Bersalin, Ummi Nazeera Syukur Selamat Melahirkan Anak Kedua

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca