PENGACARA jelita Nadia Annuar sentiasa menjadi perhatian ramai.

Tidak hanya petah mengemudi majlis dan rancangan di kaca televisyen, pemilik nama Nadia binti Shahrul Annuar ini memiliki ramai pengikut di laman sosial.

Meniti usia 39 tahun, bekas pengacara TV3 itu mendedahkan dirinya kini bergelar ibu tunggal susulan penceraian dengan ahli perniagaan Hafiz Salleh.

Baca juga: Rajin bersenam, minum kopi tanpa gula, rahsia sihat dan awet muda Nadia Annuar

“Saya single tapi tak available. Buat masa ini saya berhenti berehat daripada bercinta atau mempunyai sebarang hubungan,” kata Nadia.

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga mendedahkan ibunya, usahawan terkenal Zaiton Hassan menasihatkan agar fokus membahagiakan diri sendiri terlebih dahulu.

Baca juga: Ramadan didik Nadia Annuar lebih bersederhana, terkenang momen indah berbuka puasa zaman kanak-kanak

“Mummy pun suruh saya fokus pada diri sendiri dan buat apa yang saya inginkan termasuk fokus kepada anak-anak.

“Saya memiliki sepasang cahaya mata. Saya akan fokus memberikan apa yang mereka perlukan.

“Walaupun mereka tidak tinggal bersama atas sebab tertentu, tetapi saya cuba untuk sentiasa ada untuk mereka disaat mereka memerlukan saya,” jelasnya kepada Nona.

Iklan

Nadia mendirikan berkahwin dengan bersama Hafiz pada November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Dya Naylaa, 7.

Sebelum itu, mendirikan rumah tangga dengan Hafiz, Nadia mendirikan rumah tangga dengan suami pertama, Sulaiman atau Mohd Helmi Mohd Ilyasdi pada Oktober 2010 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Aaron Erwin, 14.

Terdahulu, kakak kepada pelakon Harris Annuar itu juga pernah dikaitkan dengan penyanyi Indonesia, Sammy Simorangkir.

Baca juga: Pengacara Nadia Annuar ganti Uyaina Arshad kendalikan Pencarian Nona Superwoman

Iklan

Sumber: Nona

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!