Biaya kanak-kanak bedah jantung 11 tahun lalu, kebaikan Siti Nurhaliza jadi inspirasi, kebajikan senyap-senyap rahsia rezeki berkat

A
A
A

'KAMI terhutang nyawa dan budi dengan Siti Nurhaliza.'

Demikian ungkap seorang bapa yang terharu dengan kemuliaan hati penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Lelaki berkenaan, Adiey Salleh mengimbas kembali bantuan diterima pada tahun 2012 yang mana Siti membiayai kos pembedahan jantung arwah anaknya.

Menerusi komen yang di TikTok, Adiey menceritakan dan isteri buntu apabila anak mereka, Izz Rayyan Fitri perlu dibedah akibat mengalami masalah jantung berlubang.

Baca juga: Tak boleh asap rokok, paru-paru dijangkiti efek suara, Siti Nurhaliza jawab dakwaan suara berubah

Beliau dan isteri kemudian mengambil keputusan untuk mengeluarkan simpanan mereka dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memandangkan kos pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) sangat mahal.

"Kisah di IJN pada 20 Jun 2012, anak saya perlu menjalankan pembedahan jantung berlubang. Saya di dalam bilik tafsiran bersama isteri, tak ada pilihan nak kena keluarkan KWSP sebab kos," kongsinya.

 

Ujarnya, tanpa disangka-sangka, wakil dari Simply Siti datang menghulurkan bantuan.

"Tiba-tiba wakil Simply Siti datang terus menawarkan bantuan kewangan untuk kos pembedahan. Berderai air mata jantan saya.

Bagaimanapun, difahamkan kanak-kanak tersebut meninggal dunia selepas tiga bulan selesai menjalani pembedahan.

Pun begitu, sebagai bapa Adiey tetap bersyukur dan berhutang nyawa dengan pelantun lagu Anta Permana itu.

Adiey dalam masa yang sama mendoakan kesejahteraan Siti atas sumbangan kepada mereka sekeluarga.

Baca juga: ‘ni bekalan akhirat saya dan suami.’ Siti Nurhaliza bina sekolah Afwa dan Aafiyah untuk anak-anak Gaza

"Anak saya sudah tiada, tetapi dia sempat berlari dan beraya. Tiga bulan dia ada bersama kami.

"Demi ALLAH perkara ini benar, terima kasih Siti. Aku kenang sepanjang hayat, hanya ALLAH mampu membalasnya.

"Kami sekeluarga pernah berhutang nyawa dan budi dari Siti. Sehabis hayat saya akan kenang dan bersyukur. Saya doakan Siti Nurhaliza terus diberkati ALLAH.

Pendedahan tentang ibu kepada Siti Afiyah dan Muhammad Afwa itu menimbulkan sebak warga maya.

- "Terima kasih atas perkongsian yang indah ini. Sebak bila baca. moga kekal tabah."

- "Seorang Siti Nurhaliza buat kebajikan tak perlu heboh, sebab itu ramai sayang termasuk saya. Moga ALLAH menjagamu Tokti."

- "Ya ALLAH sebaknya. Rahsia kejayaan Datuk Siti. Pernah dengar ceramah ustaz cakap berkat bermaksud ‘kebaikan yang brpanjangan.'

- "Siti guna talent miliknya untuk tolong orang dan menyelamatkan nyawa"

Malah ada juga warganet yang mendedahkan penyanyi itu menanggung kos pengurusan surau di sebuah kampung.

- "Ada makcik pernah beritahu, surau kampungnya Tokti yang biaya tapi Tokti beritahu jangan heboh, hanya ahli jawatankuasa tahu."

Baca juga: Miliki 329 anugerah, Siti Nurhaliza atasi Celine Dion, Justin Timberlake

Sumber: TikTok @sitism_era

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca