“Bila tiada ilmu yang cukup, kita tak boleh bawa diri ke mana-mana" - Awie
PENYANYI dan pelakon Datuk Awie mengakui mempunyai impian sendiri untuk menyambung pelajaran jika ada peluang untuk berbuat demikian.
Menurut Awie, 54, jika masa boleh berputar kembali pada usia 16 tahun, dia mahu lebih berdisiplin dan memberikan tumpuan kepada pelajaran.
“Sekarang saya baru sedar pentingnya untuk fokus pada pelajaran. Bila saya ada anak, saya cakap pada mereka untuk habiskan pelajaran dulu sampai peringkat
universiti dan kemudian dia boleh terajui hidup.
“Bila tiada ilmu atau pengetahuan yang cukup, kita tak boleh bawa diri ke mana-mana, kecuali nasib. Nasib yang boleh boleh bawa kita keluar daripada kepompong kebodohan.
“Jangan tunggu nasib, sebaliknya usaha untuk berjaya dan jadi bijaksana kerana bijaksana tak datang, tapi kena cari. Jadi carilah ilmu itu,” katanya.
Bapa kepada enam anak itu berkata, dia sebenarnya mempunyai keinginan untuk menambah ilmu dalam bidang muzik dan masakan
“Apa yang saya selalu gembar gemburkan di rumah ialah tentang muzik dan masak. Dua ‘M’ ini saya akan teruskan.
“Kenapa muzik? Kerana saya mahu ijazah yang boleh bawa selepas bersara, nak jadi komposer dan arranger ini untuk hari tua saya.
“Sekarang masih ‘remaja’. Bila sudah sampai hari persaraan, baru saya akan kumpulkan idea dan susunkan dalam lagu dan lirik untuk bekalan,” katanya.
Influencer
Ditanya tentang trend anak muda masa kini yang dilihat seperti kurang berminat menyambung pelajaran kerana mahu menjadi influencer, Awie melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang merugikan.
“Kalau budak-budak yang belajar univerisiti, mereka ada ilmu. Jadi mereka tahu apa yang mahu dilakukan dan tidak ada masalah.
“Bagaimanapun kalau dari sekolah menengah atau rendah sudah nak jadi influencer, mereka kena fikir 200 kali kerana mereka tiada ilmu yang cukup untuk berdepan dengan masyarakat.
“Pelajar atau graduan universiti, mereka dihadapkan dengan public speaking dan banyak ilmu lain jadi kalau nak berdepan masyarakat, sudah belajar dari universiti.
“Kalau lepas sekolah menengah dan rendah, nak jadi influencer… nak jadi apa? Apa yang nak dibawa? Nak bawa ke arah mana. Ini semua perlu berilmu. Kalau tiada ilmu dan harapkan 500 ke 100 viewers sahaja, kau tidur dik! Jangan mimpi di siang hari,” katanya.
Dalam perkembangan lain baru sahaja menjayakan watak sebagai pelajar universiti dalam drama terbitan Datuk Rosyam Nor dan Datin Runika Mohd Yusof berjudul Kids Nowadays yang kini ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria.
“Watak Jaafar yang saya jayakan dalam drama ini bukan diri saya dan tak ada kena mengena kerana daripada nelayan menjadi tauke dan masuk balik ke kelas. Cuma Jaafar sangat berilmu dan saya nak jadi macam dia.
“Penampilan dengan pakaian saya dalam drama ini disusun oleh wardobe yang bagus untuk menampilkan watak Jaafar dengan penuh meyakinkan.
“Saya rasa dengan pengarah dan jurukamera yang bagus, watak ini jadi menonjol. Inilah yang dikatakan teamwork,” katanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang