'Konon nak sorok, tapi tiap kali bergambar pegang perut!' Nad Zainal kongsi momen lucu Ungku Ismail, reda fizikal 'dibelek' netizen
PASANGAN selebriti Nad Zainal dan Ungku Ismail Aziz sememangnya dikenali sebagai pasangan yang serasi dan bersahaja. Terbaharu, Nad berkongsi momen lucu sepanjang mereka cuba merahsiakan kehamilan anak keempatnya.
Menurut Nad, pada awal trimester pertama, mereka sepakat untuk tidak membuat sebarang pengumuman kerana jadual kerja yang masih padat.
“Us in first trimester, ke event, shooting, ke sana sini.
"Saya cakap pada dia, ‘Sayang kita tak payah announce ya? I pun ada shoot lagi selepas ini.
"Dia jawab, ‘Ya diam je tunggu apabila sudah besar, tak perlu pun," titipnya.
Namun, perancangan untuk ‘diam-diam’ itu tidak berjalan lancar apabila Ungku Ismail tanpa sedar sering memegang perutnya setiap kali mereka merakamkan foto bersama.
“Tapi tiap kali bergambar dia nak pegang perut… TIAP KALI!
"Sambil berbisik, saya cakap, ‘Janganlah pegang situ, dah macam maternity shoot… kan kita tak mahu orang tahu…’ sambil alih tangan dia.
"Dia pula jawab, ‘Heheh oh yela." Sabar je la,” kongsinya lagi.
Hantaran tersebut mencuit hati ramai peminat yang terhibur dengan gelagat romantik pasangan itu.

Namun dalam masa sama, Nad turut meluahkan rasa tentang perhatian melampau masyarakat terhadap kehidupan peribadi selebriti.
Katanya, bukan mudah menjadi individu dikenali apabila setiap perkara kecil diperhatikan.
"Nad kena kuku pendek, Nad tu mekap sahaja lawa. Nad itu dulu gitu je, dah dia buat itu ini.
"Bukan mudah ya kawan-kawan kalau nak jadi orang yang dikenali. Habis semua orang nak teliti, kena reda,” tulisnya di Thread.
Justeru, pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin lebih berharap masyarakat memberi perhatian kepada perkara yang lebih penting seperti isu pendidikan terkini yang melibatkan sukatan baharu.
“Bila sebut tentang education anak-anak, sebut tentang pelancaran app Gergasi nak launch… senyap.
"Semua sibuk belek kuku, kulit, hidung influencer dan artis.
"Saya lebih risaukan sistem pendidikan yang kerap berubah, macam perubahan cuaca ni," titip Nad yang reda dengan hal itu.
Perkongsian jujurnya bukan sahaja mencuit hati, malah membuka mata tentang cabaran menjadi figura awam dalam era media sosial hari ini.
Nad terdahulu berkongsi pengumuman kehamilan anak keempat pada Rabu.
Sekadar info, Nad dan suami, pelakon dan pengarah Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023.
Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ungku Indera Puteh Al Maajid, kini berusia dua tahun.
Nad memiliki dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 10, dan Budi Kalsom, 5, daripada perkahwinan pertamanya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
