Bintang filem Tarzan, isteri maut dalam nahas pesawat

Joe Lara
Joe Lara
A
A
A

PELAKON popular Amerika, Joe Lara, yang dikenali menerusi watak Tarzan menerusi siri Tarzan: The Epic Adventures dipercayai terkorban dalam nahas pesawat di sebuah tasik berhampiran bandar Nashville, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu.

Turut dipercayai terkorban ialah isterinya, Gwen Shamblin Lara, 66, serta lima lagi individu lain yang menaiki pesawat sama.

Menurut laporan, pesawat ringan yang dinaiki Lara, 59, dilaporkan terhempas di Tasik Percy Priest, kira-kira 19 kilometer di selatan Nashville sekitar jam 11 pagi waktu tempatan sejurus berlepas dari Smyrna, Tennessee menuju ke Palm Beach, Florida.

Menurut laporan media antarabangsa, pasukan penyelamat dari Jabatan Penyelamat dan Bomba Rutherford County (RCFR), kini menumpukan kepada usaha pencarian mayat mangsa.

Dalam masa sama, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NTSB) turut melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas.

Joe mula membintangi filem Tarzan in Manhattan pada 1989 dan kemudiannya popular dengan siri The Epic Adventures sekitar tahun 1996 hingga 1997.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca