'2 hari lepas sangat menekan..' Tun Mahathir dimasukkan ke IJN, berada dalam pemerhatian

Foto: Abdul Halim Wahid
Foto: Abdul Halim Wahid
A
A
A

MANTAN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam untuk menjalani pemerhatian.

Khabar duka itu dikongsikan anaknya Tan Sri Mokhzani Mahathir yang turut memaklumkan bapanya ketika ini dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.

Bagaimanapun, keputusan untuk memasukkannya ke IJN dibuat bagi membolehkan beliau diberi perhatian selepas pemergian Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali.

"Beliau dimasukkan ke IJN untuk pemerhatian. Dua hari lepas sangat menekan Tun M. Buat masa ini, beliau okey dan tidak dalam keadaan yang merisaukan," katanya.

No Image Caption

Terdahulu, Tun Dr Hasmah, 100, meninggal dunia di IJN pada pagi, 28 September dan dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada hari yang sama dengan Istiadat Pengebumian Negara.

Sebelum ini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata sebelum pemergian Tun Dr Hasmah, Tun M berada di IJN untuk menemani isterinya itu sepanjang menerima rawatan.

Pasangan negarawan yang berkahwin pada 5 Ogos 1956 dan berkongsi hidup selama 70 tahun dikurniakan tujuh anak  iaitu tiga perempuan dan empat lelaki, selain 18 cucu erta seorang cicit.

Sumber: BERNAMA

Artikel Berkaitan:

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang