Bintang WWE John Cena kahwini Shay Shariatzadeh senyap-senyap

Bintang WWE John Cena kahwini Shay Shariatzadeh senyap-senyap
Bintang WWE John Cena kahwini Shay Shariatzadeh senyap-senyap
A
A
A

BINTANG WWE dan pelakon, John Cena mengahwini kekasihnya Shay Shariatzadeh dalam upacara tertutup di Tampa, Florida pada 12 Oktober lalu di Tampa, Florida, Amerika Syarikat.

Menurut laporan portal tempatan, perkahwinan rahsia itu mula dihidu apabila bekas ahli gusti itu menulis ciapan di Twitternya sehari selepas berkahwin.

"Saya akan rasa sangat bahagia. Ini adalah satu cara terbaik untuk melengkapkan kehidupan dengan mengejar kebahagiaan dan bukan keseronokan semata-mata," tulisnya.

Pada awal tahun lalu, muncul spekulasi yang mengatakan dia sudah bertunang dengan wanita yang berkerjaya sebagai jurutera itu.

Artikel berkaitan: Disifatkan ‘barang yang rosak’, Drew Barrymore bangkit dari kegagalan

Spekulasi itu timbul selepas tersebarnya gambar John bersama Shay dan kelihatan, sebentuk cincin di jari wanita itu.

Kedua-dua mereka mula berkenalan tahun lalu, tidak sampai setahun selepas John berpisah dengan bekas tunangnya, Nikki Bella.

Sementara itu, USA Today turut melaporkan, Cena dan Shariatzadeh pertama kali dihubungkan secara romantis setelah mereka di sesi penggambaran bersama di Vancouver, Kanada pada bulan Mac tahun lalu.

Pasangan itu juga kemudian muncul di karpet merah bersama-sama di tayangan perdana "Playing With Fire" pada bulan Oktober 2019.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca