‘Boleh buat nangis 4 lautan,’ Alif Satar kongsi surprise dari 2 anak perempuan bikin sebak

ANAK-ANAK adalah kurniaan dan anugerah ALLAH SWT yang amat bermakna dalam sesebuah keluarga.

Kelahiran mereka adalah suatu amanah yang akan dipertanggungjawabkan bagi semua yang bergelar ibu dan bapa.

Anak-anak yang baik dan solehah pula adalah satu bonus buat ibu bapa.

Seperti perkongsian pengacara dan pelakon popular, Alif Satar menerusi Instagramnya, dia mendapat‘surprise’ daripada kedua anak perempuannya iaitu Alisha Anugerah, 8 dan Ariana Mecca, 6.

Menerusi posting tersebut, Alif menunjukkan foto surat yang dituliskan anak-anaknya sebagai hadiah untuknya.

Menurut Alif, surprise itu diberikan kepadanya seusai dia pulang ke rumah dan mendapati anak-anak perempuannya itu belum tidur.

“Pulang lewat dari kerja semalam, naik ke atas dan tengok mereka tak tidur lagi.

“Bila tanya áwat tak tidur lagi? Mereka kata, we made a surprise for you daddy, make sure you read it,”katanya.

Baca juga Alif Satar pernah diami flat Wangsa Maju, imbau kenangan zaman kecil, tak lupa asal-usul

Terharu dengan tindakan kedua anak perempuannya itu, Alif bersyukur dalam masa sama berasa sebak dengan titipan berupa pesanan dari anak-anaknya.

“This is what they wrote. Berenang 4 kilometer kat laut aku gagah lagi matt, tapi ini barang boleh buat nangis 4 lautan bro. Blessed!,”jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya terharu dengan perkongsian tersebut.

Dalam pada itu, ramai yang memuji didikan Alif dan isteri kerana berjaya membesarkan anak-anaknya dengan baik.

Alif dan keluarga raikan 1 Syawal di Kuala Lumpur.

Ujar mereka;

Iklan

“This is so cute and sweet. Semua boleh tengok macam mana mereka dibesarkan dengan begitu baik. Semoga terus menjadi anak-anak yang baik.”

“Masya-ALLAH, their words proof that parents did a very good job.”

“Luluh segala penat lelah. Alhamdulillah beautiful girls.

Baca juga Alif Satar akui dekat dengan lagu-lagu Raihan

“Awwww this is so touching. I pulak yang nangis. You’re so blessed lah dear.”

Iklan

“This is love, and the whole meaning of it.”

Alif dan isteri, Shadila Halid berkahwin pada 15 September 2014 dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu, Alisha Anugerah, 8, Ariana Mecca, 6, dan Muhammad Ali, 4.

Baca juga Tuah naskhah popular, Fadhli Masoot makin jadi perhatian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi