BUAT julung kalinya peminat muzik tempatan berpeluang menikmati Borneo Music Festival Live 2022 yang bakal diadakan di Sarawak Cultural Village,Kuching, Sarawak pada 9 dan 10 September akan datang.

Penganjuran yang pertama kali diadakan secara terbuka di Sarawak itu bakal menghimpunkan artis dari enam negara di seluruh dunia yang bakal menyatukan pelbagai genre muzik dalam satu platform yang sama.

Baca juga: Tengok konsert Siti Nurhaliza? Tak…- Siti Nurhaliza tonton konsert Adele

Pengunjung festival berpeluang untuk menari dan menyanyi sepuas hati dengan Alan Walker dari United Kingdom, DJ Soda dari Korea Selatan, DJ Alexis Grace, DJ Ice Cream, DJ Chacha, DJ MYVAX dan DJ Paul dari Malaysia, Nicole Chen dari Singapura, DJ X Factor dari Filipina, DJ Venom C dan Moski Love dari Indonesia serta barisan penyanyi Malaysia seperti Rynn Lim, ThomasJack dan Priscilla Abby bersama kumpulan muzik tempatan iaitu At Adau dan Tuku’ Kame’.

Alan Walker yang pertama kali bakal muncul di Sarawak amat popular dengan single berjudul Faded. Populariti lagu tersebut membolehkan Walker menerima sijil berlian di Jerman dan sijil multi-platinum di lebih 10 buah negara termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Sehingga kini lagu ciptaan Walker itu terus mendapat perhatian ramai dan menguasai pasaran muzik antarabangsa.

Iklan

DJ Soda yang merupakan salah seorang DJ wanita yang popular di Korea Selatan bukanlah satu nama asing dalam industri muzik.

Namanya cukup popular di peringkat antarabangsa dan mempunyai berjuta pengikut dalam talian.

Jangan ketinggalan untuk menikmati Borneo Music Festival Live 2022 yang bakal mencatat
sejarahnya yang tersendiri. Festival tersebut dibawa secara eksklusif oleh Amazing Aurora Entertainment dan dianjurkan oleh Firmament Event Studio dengan kerjasama More Entertainment.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.