Bukan gimik, Sufian Suhaimi rancang nikahi Rania Disember atau Januari depan

A
A
A

Bukan gimik, Sufian Suhaimi rancang nikahi Rania Disember atau Januari depan

UMUM maklum, penyanyi dan pelakon, Sufian Suhaimi, 31, selamat merisik kekasih hatinya dikenali Rania, 23, pada Sabtu lalu.

Sufian atau mesra dipanggil 'baby Pian' berkata, ia bukan gimik pembikinan muzik video lagu baharunya.

Namun ia merupakan majlis merisik yang betul sebelum mereka melangkah ke fasa perkahwinan.

Ujarnya, dia bersyukur majlis berjalan lancar dan akui sudah bersedia untuk tamatkan zaman bujang.

"Alhamdulillah, majlis merisik itu berjalan dengan lancar dan ia sama sekali bukan gimik untuk pembikinan muzik video lagu baharu saya atau sebagainya.

"Saya memang dah sedia untuk tamatkan zaman bujang.

"Saya dan Rania merancang untuk majlis perkahwinan kami diadakan pada Disember depan atau Januari 2024, bergantung pada lokasi majlis dan segala persiapan kami berdua," katanya.

Bicaranya lanjut, dia berterima kasih kepada semua yang mendoakan segala kebaikan dan kebahagiaan buatnya serta kekasih dengan berharap segala perancangan mereka untuk melangkah ke jenjang pelamin dipermudahkan ALLAH.

Baca juga ‘Sepadan muka pun hampir sama.’ Sufian Suhaimi hantar rombongan merisik raih perhatian. Warga maya titip ucapan tahniah

Terdahulu, tular satu hantaran video tular di aplikasi TikTok memaparkan Sufian bersama keluarganya hadir di kediaman Rania bagi tujuan merisik.

Rata-rata warga maya mengucapkan tahniah dan mendoakan ikatan hubungan Sufian dan bakal pasangannya kekal hingga ke jenjang pelamin kerana sama cantik dan sama padan.

Untuk rekod, Sufian sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon, Elfira Loy.

Baca juga Rajin amalan yang dipraktikan Sufian Suhaimi untuk elak diri jadi ‘Santa Claus’. Ketahui apa lagi dilakukannya…

Alhamdulillah, akhirnya Sufian Suhaimi sudah bertemu Mrs right.

Tahniah buat kedua-duanya. Semoga dipermudahkan urusan ke jenjang pelamin. Aamin.

Sumber: Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca